My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 24 December 2017

    Tragedi Pulang Krismas Di Serian


    Hajat tujuh sekeluarga untuk pulang ke kampung di Miri bagi meraikan pe­rayaan Hari Krismas tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas van yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Serian-Sri Aman di sini semalam.

    Tiga mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu ialah pemandu van Nissan Vanette, Henry Gek, 51, dan dua penumpangnya, Susin Tatak, 49, serta Olovia Natasa Dismas, 20. 

    Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan. 

    Katanya, pemandu Nissan Frontier dikenali Webster Ngihang, 28, turut cedera parah bersama dua lagi penumpang van tersebut iaitu Noreni Idi, 44, dan Davevians Dismas, 14 manakala penumpang lain hanya cedera ringan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tragedi Pulang Krismas Di Serian Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top