My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 22 December 2017

    Datuk Mati Lemas, Cucu Selamat Selepas Bot Dinaiki Karam



    Keseronokan seorang datuk yang membawa cucunya menangkap ikan berakhir dengan tragedi apabila warga emas itu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki karam dipukul ombak di perairan Tanjung Po di sini semalam.

    Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohd. Hassan Abdullah, 59, ditemui lemas manakala Syed Aiman Syed Ridzuan, 14, berjaya diselamatkan nelayan lain.

    Pegawai Operasi Maritim Wilayah Sarawak, Che Mohd. Hafizuddieen Che Mahadi berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota maritim bersama sebuah bot pengawal telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

    “Operasi ini berjaya menemui mayat mangsa dalam keadaan terapung pada pukul 11.40 pagi sebelum dibawa ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin. Cucu mangsa yang selamat turut dibawa balik ke jeti sama untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Sementara itu, Syed Aiman memberitahu, ketika insiden dia bersama datuknya hendak keluar dari lokasi kejadian apabila melihat perubahan pada cuaca.

    “Bagaimanapun, bot yang dikemudi datuk saya tiba-tiba dipukul ombak besar hingga terbalik dan karam. “Saya dan datuk tercampak ke dalam laut namun saya sempat berpaut pada tong minyak, tetapi kelibat datuk saya terus hilang dibawa arus deras,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datuk Mati Lemas, Cucu Selamat Selepas Bot Dinaiki Karam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top