My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 21 December 2017

    Lapan Peluru Tembus Badan


    Mayat seorang pekerja ladang sawit warga Filipina ditemui dengan lapan kesan tembakan di Ladang Seraya, Kalabakan, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat mangsa dikenali sebagai Almasir Julion ditemui mandur ladang. Lelaki itu memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis. 

    Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, sebelum kejadian, mandur itu tiba di ladang untuk memberi taklimat rutin kepada pekerjanya. Beliau berkata, lelaki terbabit menemui mangsa di kaki lima di dewan serbaguna di ladang berkenaan.

    “Polis yang menerima laporan daripada mandur ke ladang berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan mendapati ada satu kesan luka tembakan di bahagian hadapan dada kiri mangsa.

    “Selain itu, ada tujuh kesan luka peluru yang tembus di belakang badan mangsa. Tidak ada kesan kecederaan lain pada tubuhnya. Polis percaya mangsa ditembak menggunakan senapang patah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, Fadil berkata, mangsa dipercayai berasal dari Jolo, Filipina dan tinggal bersama saudaranya di rumah pekerja ladang itu.

    Katanya, jam 8 malam kelmarin, lelaki itu dikatakan keluar ke rumah rakannya untuk makan malam. “Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui,” katanya. Sehubungan itu, Fadil berkata, polis menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti suspek kes berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lapan Peluru Tembus Badan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top