My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 December 2017

    Guru Wanita Korban Pertama Banjir Di Sarawak



    Seorang guru wanita menjadi korban pertama banjir di negeri ini selepas ditemui lemas di dalam kereta di Tebingan Sungai Limbang di sini semalam. 

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem berkata, guru wanita yang dikenali sebagai Norsiah itu ditemui lemas di dalam kereta jenis Proton Persona pada pukul 8.27 pagi. Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang sedang menaiki kereta itu bersama suaminya dipercayai dihanyutkan arus deras akibat air pasang besar yang berlaku malam semalam.

    "Bagaimanapun, suami mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan dirinya, manakala mangsa gagal keluar dari kenderaan itu dan dipercayai lemas.

    "Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Limbang untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi semalam.

    Sementara itu, hujan lebat yang berterusan serta fenomena air pasang besar sejak kelmarin telah mengakibatkan beberapa kawasan di Bintulu, Miri dan Limbang dilanda banjir mulai semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Wanita Korban Pertama Banjir Di Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top