Seramai enam individu termasuk empat suspek baharu yang ditahan awal pagi semalam direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam membabitkan seorang ketua kongsi gelap di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini pada Ahad lalu.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Noor Aisyah Ahmad terhadap kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 22 tahun di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Hakim membenarkan permohonan polis untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, dua suspek termasuk seorang wanita yang ditahan di Pulau Pinang pada pukul 2.30 pagi kelmarin dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga. Empat lagi suspek baharu yang ditahan semalam dibawa ke mahkamah dengan berpakaian biasa.
0 comments:
Post a Comment