My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 15 December 2017

    Cuti Sekolah Bukan Bererti Cuti Dari Melakukan Operasi




    Sudah memasuki minggu kedua cuti penggal akhir persekolahan. Pada musim cuti inilah kebanyakan ibu bapa akan membawa anak-anak dan keluarga melancong atau sekurang-kurangnya pulang ke kampung halaman. Sudah semestinya, jalan raya ataupun lebuh raya akan menjadi tumpuan utama pengguna di negara ini.

    Bagi memastikan keselamatan pengguna kenderaan awam yang akan menjadi tumpuan di kalangan para ibu bapa dan pengguna, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) akan mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu 24 jam sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2018 bermula 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018.

    Antara tujuan utama operasi bersepadu ini dijalankan adalah untuk meminimumkan masalah kemalangan melibatkan kenderaan awam terutamanya bas ekspres di musim cuti ini. Secara amnya, dalam tempoh itu, jumlah pengguna jalan raya adalah sangat tinggi mengambil kira cuti sekolah, perayaan Krismas dan Sambutan Tahun Baru 2018.

    Mengulas ttentang perkara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, operasi yang akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya itu adalah bagi menangani isu pengendali pengangkutan awam dan pemandu yang melanggar undang-undang.

    Katanya, pegawai penguatkuasaan SPAD juga akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar serta terminal-terminal bas bagi memeriksa kaunter tiket dan dokumen, selain memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket.

    Komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh SPAD dan kesemua agensi berkaitan ini diharap mampu menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna di musim cuti dan perayaan Krismas yang akan menjelang tidak lama lagi. Ianya bukan untuk menyusahkan sebaliknya ia adalah untuk memberikan lebih keyakinan kepada pengguna bahawa tahap keselamatan mereka sentiasa dititik beratkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cuti Sekolah Bukan Bererti Cuti Dari Melakukan Operasi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top