My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 December 2017

    Tiga Bomoh Temberang Dipenjara 15 Bulan



    Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap tiga wanita warga asing atas kesalahan menipu seorang wanita di Lorong Satu, Pekan Siburan pada 11 Disember lalu. 

    Majistret, Zuraidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, Li Ruiwen, 50, Li Jinrong, 39, dan Augustini, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, Fery, 47, iaitu lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

    Zuraidah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes terhadap Fery pada 23 Januari dan perbicaraan pada 8 Februari tahun hadapan. Kesemua tertuduh itu didakwa menipu Phang Sia Feng, 57, dengan mengaku diri mereka sebagai bomoh yang dapat memberi rawatan membuang musibah yang kononnya bakal melanda keluarga mangsa.

    Kesemua tertuduh kemudiannya meminta pengeras sebagai rawatan proses perubatan tersebut. Mangsa yang terpedaya kemudiannya bersetuju lalu pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan duit simpanannya dan menyerahkan barang kemasnya sebagai pengeras sebelum semua tertuduh memberikan satu bungkusan yang dikatakan berisi duit serta barang mangsa.

    Tertuduh kemudiannya memberitahu mangsa bahawa bungkusan itu perlu dibuka selepas tiga hari. Selepas tiga hari, mangsa kemudiannya membuka bungkusan itu dan terkejut kerana hanya mengandungi botol air mineral dan beberapa helai surat khabar.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rogayah Rosli, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Bomoh Temberang Dipenjara 15 Bulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top