My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 December 2017

    Perogol Anak Tiri Dicekup Polis



    Seorang bapa tiri durjana yang diburu polis kerana didera merogol anak tirinya sehingga melahirkan bayi lelaki berakhir selepas lelaki itu ditahan dalam keadaan ketakutan ketika bersembunyi di sebuah rumah lot kedai di sini petang kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkip­li Suhaili berkata, suspek warga Indonesia berusia 46 tahun dan merupakan buruh binaan ditahan di tingkat tiga rumah kedai tidak berpenghuni pada pukul 6.15 petang.

    Menurut beliau, suspek yang menyedari dirinya diburu selepas tembelangnya merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun sehingga melahirkan anak pecah pada Jumaat lalu mula menghilangkan diri bagi mengelak dicekup.

    “Siasatan awal mendapati, suspek disyaki telah merogol remaja perempuan itu sejak mangsa berusia sembilan tahun. Kejadian menimpa mangsa tidak diketahui ibunya dan ahli keluarga lain,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

    Zulkipli memberitahu, lelaki itu ditangkap selepas anak tirinya mendedahkan dia menjadi mangsa rogol bapa tirinya sehingga melahirkan anak lelaki pada Jumaat lalu.

    “Mangsa yang kebingu­ngan selepas bersalin seorang diri di rumah membuang bayinya yang dilahirkan masih hidup ke dalam tong sampah di depan rumahnya,” kata beliau.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perogol Anak Tiri Dicekup Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top