My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 16 December 2017

    Bekas KP Daerah, Isteri Dan Ahli Perniagaan Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM



    Bekas ketua polis daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), isteri dan seorang ahli perniagaan wanita dilepas dan dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini bagi membantu siasatan menyalahgunakan kedudukan serta menerima rasuah sebanyak RM70,000. 

    Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan pegawai polis itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 dan isterinya RM15,000 manakala ahli perniagaan berjumlah RM5,000. 

    Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.15 pagi sebelum keluar kira-kira 45 minit kemudian. Sebelum ini, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama sembilan hari bermula 8 Disember lalu bagi membolehkan siasatan dijalan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas KP Daerah, Isteri Dan Ahli Perniagaan Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top