My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 9 December 2017

    Penunggang Motosikal Maut Di Pusingan-U



    Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di Jalan Tuaran, Kilometer 3 berhampiran sebuah stesen minyak di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 10.05 pagi tersebut, mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Kota Belud disahkan meninggal dunia di lokasi. 

    Bagaimanapun, pemandu lori jenis Isuzu yang berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, sebelum kejadian mangsa dari arah Kota Kinabalu menuju ke Likas dekat sini.

    Sementara itu, pemandu lori terbabit pula dalam perjalanan ke Indah Court, Likas dari arah Kolombong untuk menghantar barangan. "Sebaik tiba di tempat kejadian pemandu lori membuat pusingan-U tanpa menyedari kehadiran mangsa yang sedang menunggang motosikal di jalan utama. 

    "Sehubungan itu, disebabkan tidak sempat mengelak mangsa telah merempuh bahagian belakang belah kiri lori berkenaan," katanya di sini hari ini.

    Tambah Chandra, akibat kemalangan itu penunggang motosikal terbabit mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tindakan lanjut.

    "Sementara itu, pemandu lori akan direman bagi membantu siasatan kes kemalangan ini," jelasnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penunggang Motosikal Maut Di Pusingan-U Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top