PEMINAT-peminat hoki Malaysia pastinya gempar dan terkedu apabila penjaga gol hoki kebangsaan, S. Kumar disahkan gagal melepasi ujian doping oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ketika beraksi pada Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, Oktober lepas.
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang menerima keputusan FIH pada 12 Disember lalu mengumumkan perkara tersebut menerusi sidang akhbar tergempar oleh Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Kumar, 38, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut memberitahu, dia yakin tidak bersalah kerana percaya pada kebolehan diri dan tidak memerlukan bahan terlarang bagi meningkatkan prestasinya.
“Saya rasa pelik dan terkejut kerana langsung tidak menjangkakannya. Kebanyakan kejohanan, saya sering menjadi individu yang diarahkan untuk melakukan ujian doping, mungkin ia disebabkan umur dan tahap prestasi saya,” luah Kumar.
0 comments:
Post a Comment