My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    Gagal Dapat Kerja Angkara Media Sosial


    SHUHADA MANSOR yakin ramai antara kita tertanya-tanya kenapa terlalu sukar untuk dapat kerja ketika ini. Antara sebabnya kita terlepas pandang dari sudut perwatakan melalui media sosial. 

    Ketahuilah bahawa ada syarikat yang ‘mengkaji’ terlebih dahulu calon sebelum diterima bekerja. Tidak keterlaluan jika penulis katakan hampir 98 peratus remaja kini memiliki salah satu akaun media sosial.

    Tidak kiralah sama ada Facebook, Instagram, Twitter ataupun Path, ia seolah-olah membuatkan kita sentiasa berhubung dengan dunia luar. Namun, ada segelintir daripada kita yang mudah beremosi dan terlalu terbuka dalam berkongsi pandangan terhadap sesuatu isu.

    Hal politik, isu semasa, gosip dan konflik luar menjadi bahan bualan sehingga kita lupa perwatakan ini boleh dinilai orang lain. Mungkin benar, kita tidak perlu terlalu ambil kisah pandangan orang lain mengenai karakter kita, tapi jika situasi ini berkaitan masa depan membabitkan kerjaya, mungkin ia patut difikirkan semula.

    WATAK ALAM MAYA DINILAI SEBELUM DITERIMA KERJA 

    Bersedialah untuk memuat naik atau berkongsi artikel yang bersifat intelektual dan bermanfaat selepas ini kerana ia mungkin menjadi salah satu kriteria sebelum kita ditawarkan sebarang pekerjaan.


    Berdasarkan kajian, Kaunselor Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Saiful Redza Mohamed berkata, beberapa majikan akan menyemak akaun Facebook calon pekerja sebelum membuat tawaran pekerjaan.

    “Jika anda tidak memiliki Facebook, mereka akan menganggap anda sebagai seorang antisosial. “Jika gambar profil bukan gambar diri sendiri, mereka akan menganggap anda sebagai seorang yang kurang berkeyakinan,” jelas Saiful seperti dipetik daripada artikel tulisan Wawa Awla dalam portal IIUM Today.

    Menurut Saiful, ia adalah satu prosedur bagi syarikat tertentu untuk menilai bakal pekerja mereka melalui media sosial. “Mereka akan menilai tingkah laku anda dan cara anda berfikir melalui apa yang dikongsikan di media sosial,” katanya.

    SYARIKAT TAK PILIH PEKERJA TERLALU SOSIAL 

    Saiful menambah, pelajar kini perlu lebih bijak dalam mengendalikan akaun sosial masing-masing. Katanya, pelajar sudah sepatutnya mula berkongsi informasi ataupun kajian berkaitan kerjaya serta industri impian mereka di akaun sosial.

    Ini kerana perbuatan ini akan meningkatkan keyakinan majikan untuk memilih mereka sebagai sebahagian daripada kakitangan syarikat. Saiful juga menegaskan bahawa sesebuah syarikat akan mengelak daripada melantik individu yang terlalu sosial kerana ia amat penting untuk menjaga nama baik syarikat serta memastikan rahsia syarikat dilindungi.

    DITOLAK KERANA FAKTOR MEDIA SOSIAL 

    Sebuah infografik daripada hasil kajian dijalankan Majalah Kerjaya berbahasa Inggeris, Career Savvy melaporkan bahawa satu daripada tiga pemohon jawatan kerja ditolak atas faktor informasi dikongsi di laman sosialnya.

    Selain itu, difahamkan sebanyak 86 peratus pemohon memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Kita dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan profil gambar dengan menghindari daripada menggunakan foto asal.

    Ini akan memperlihatkan kita seperti seorang yang malas. Begitu juga dengan penggunaan gambar yang mempunyai hak cipta dan sebagainya. Ia menjelaskan karakter yang tidak profesional.

    MAJIKAN MAHU LIHAT SISI PROFESIONALISME 

    Menurut kajian itu, kumpulan kakitangan yang memilih calon baru (rekruter) mengakui mereka mengkaji terlebih dulu akaun media sosial calon sebelum meneruskan ke fasa seterusnya. Mengapa mereka melakukan hal ini?

    Difahamkan, sebanyak 65 peratus ‘rekruter’ menjelaskan, mereka ingin melihat sisi profesional calon, 51 peratus ingin melihat kesesuaian calon dengan persekitaran kerja dan syarikat manakala 45 peratus menyatakan ingin melihat kelayakan calon dari sudut berbeza.

    Oleh itu, penulis harapkan anda fikir dua kali atau ‘bersihkan’ semula akaun media sosial sebelum memohon sebarang kerja. Mungkin untuk langkah selamat, ubah tetapan akaun dengan meletakkannya sebagai privasi. Terpulanglah kepada anda.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gagal Dapat Kerja Angkara Media Sosial Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top