My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Lima Maut dan Empat Parah Dalam Nahas Di Beluran



    Lima orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala empat lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer 60 Jalan Sandakan-Telupid, awal pagi semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata kesemua mangsa maut di tempat kejadian terdiri tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak.

    Katanya laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 4.55 pagi dan pihaknya menghantar empat anggota dengan sebuah jentera bomba ke tempat kejadian. Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda, katanya semalam.

    Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Beluran. Beliau berkata pemandu treler hanya cedera ringan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lima Maut dan Empat Parah Dalam Nahas Di Beluran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top