My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 February 2016

    Indonesia Letupkan 27 Buah Kapal


    Pihak berkuasa Indonesia semalam menenggelamkan 27 kapal nelayan asing yang dirampas selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. Menteri Perikanan, Susi Pudjiastuti berkata, kapal nelayan dari Filipina, Vietnam, Malaysia dan Myanmar itu diletupkan di lima lokasi berasingan di negara itu. 

    Semua kapal berkenaan dirampas selepas didapati menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 pulau. Empat kapal nelayan dari Indonesia juga ditenggelamkan selepas didapati menangkap ikan tanpa dokumen yang sah.

    Semua kapal berkenaan didapati menangkap ikan menggunakan pukat harimau yang dilarang pihak berkuasa Indonesia kerana merosakkan ekosistem laut.

    “Kerajaan mengambil langkah tegas untuk menguatkuasakan peraturan bagi memastikan perairan negara selamat.

    “Kami akan terus memantau dan melakukan kawalan bagi mengelak kapal pencuri ini masuk ke perairan Indonesia,” kata Susi kepada wartawan.

    Susi adalah tokoh penting dalam kempen menentang penangkapan ikan secara haram yang berleluasa di negara itu. Indonesia sebelum ini beberapa kali menenggelamkan kapal nelayan asing sejak melancarkan kempen berkenaan beberapa tahun lalu.

    Presiden Indonesia, Joko Widodo memberitahu, aktiviti penangkapan ikan secara haram berkenaan menyebabkan negara itu mengalami kerugian berbilion dolar pada setiap tahun. Bagaimanapun, tindakan tegas Indonesia itu menyebabkan ketegangan dengan beberapa negara jirannya.

    China pada tahun lalu mengkritik Jakarta selepas sebuah bot nelayan negara itu diletupkan pihak berkuasa Indonesia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Indonesia Letupkan 27 Buah Kapal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top