Kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir dilihat seakan-akan mencabar Datuk Seri Mohd Najib untuk bersumpah bagi menunjukkan Perdana Menteri tidak pernah melakukan kesalahan sepanjang pentadbirannya. Malah Tun M juga dilihat seoleh-olah sengaja mencabar Datuk Seri Mohd Najib melakukan perkara sedemikian secepat mungkin.
Ironinya, cabaran ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh ramai pihak yang mendesak Tun M bersumpah, beliau tidak melakukan sebarang penyelewengan sepanjang beliau mentadbir negara hampir 22 tahun satu ketika dahulu. Menariknya, beliau enggan mengulas akan cabaran ini dan langsung tidak memperdulikan cabaran ini.
Persoalannya, untuk apa Datuk Seri Mohd Najib mahu menyahut cabaran ini sedangkan Tun M sendiri sedaya upaya mengelak dari melakukan sumpah beliau? Beranikah beliau bersumpah menidakkan kehilangan kira-kira RM 73 bilion sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri? Beranikah beliau bersumpah beliau tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan kewangan sepanjang menjadi Perdana Menteri?
Apa yang mengejutkan, Tun M akhirnya menyahut cabaran ini tetapi bersyarat. Syaratnya, beliau akan bersumpah hanya dengan beberapa perkara yang beliau fikirkan perlu. Lain-lain perkara, beliau tidak fikir beliau perlu untuk bersumpah. Kenapa Tun M begitu gentar untuk menyatakan kebenaran bagi pihaknya? Adakah beliau turut sama bimbang segala penyelewengannya akan terbongkar?

Hari ini, satu per satu skandal kewangan melibatkan beliau didedahkan oleh orang ramai menerusi media-media sedia ada. Ironinya, tiada satupun penafian yang beliau lakukan terhadap kesemua pendedahan yang dilakukan ini. Sebaliknya beliau lebih sibuk menyerang dari mempertahankan dirinya sendiri.
Paling melucukan, ada diantara pengikutnya mengakui memang Tun M ada melakukan penyelewengan, tetapi mereka boleh melupakan perkara itu atas alasan Tun M memajukan negara. Satu alasan yang cukup dangkal dari pengikutnya.
Maju atau mundur sesuatu negara bukan terletak ditangan Perdana Menteri. Tetapi ianya terletak ditangan kita sendiri samada kita mahu melihat negara ini maju atau mundur. Nah, kini peluang untuk membuktikan Tun M bersih sudah terbuka. Sampai bila Tun M masih mahu berdolak dalik berhubung perkara ini? Masih mahu memutar belitkan keadaan?
0 comments:
Post a Comment