My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Pengusaha Kedai Barangan Lusuh Maut Ditembak




    Seorang pengusaha kedai barangan lusuh maut ditembak dipercayai gara-gara dendam, dalam satu kejadian di Jalan Perusahaan 3, berhampiran sebuah pasar raya di Taman Tekah Permai, di sini malam tadi. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa berusia 40 tahun yang cedera ditembak di bahagian kepala, perut dan lengan kanan telah dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan, namun gagal diselamatkan.

    Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa yang tinggal di Simpang Halt dekat sini sempat menghubungi pekerjanya selepas bagi meminta bantuan akibat ditembak.

    "Pekerja terbabit telah menghubungi adik lelaki mangsa bagi memaklumkan kejadian yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati abangnya berada di tepi jalan dalam keadaan pengsan.

    "Adik mangsa sempat membawa abangnya ke hospital, tetapi gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengusaha Kedai Barangan Lusuh Maut Ditembak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top