My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Kuching Banjir Lagi, Hujan Lebat Sejak Malam Tadi

    4185a710-135c-4f73-bc93-72b6e7522d2d

    Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang turun sejak malam tadi. Turut terjejas ialah Hospital Umum Sarawak (HUS) apabila air mula naik di tingkat bawah bangunan utama. 

    Ekoran beberapa batang jalan dinaiki air, kesesakan lalulintas turut dilaporkan. Keadaan banjir di pusat bandar. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata semua balai bomba dan penyelamat di kawasan Kuching diarahkan menjalankan pemantauan.

    Bomba menerima 17 panggilan kecemasan sejak jam 6.00 pagi hingga 10.30 pagi tadi. Anggota bomba dan penyelamat melakukan tinjauan banjir sekitar Kuching.

    Antara kawasan terjejas ialah pusat bandar, Tabuan Dayak, Batu Lintang, Satok dan Padang Merdeka. Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan baru beransur pulih selepas dilanda banjir gelombang kedua sebanyak dua kali pada bulan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kuching Banjir Lagi, Hujan Lebat Sejak Malam Tadi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top