My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    United Tiru Taktik Midtjylland




    Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mendedahkan, skuadnya telah merujuk pengesahan dengan pengadil sebelum ini mengenai status gol kedua menerusi sepakan percuma Juan Mata ketika menewaskan Shrewsbury 3-0 dalam aksi pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam yang menimbulkan kontroversi. 

    Pada aksi itu, The Red Devils yang membuka tirai jaringan menerusi Chris Smalling, menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma Mata, namun ia menjadi perdebatan hangat kerana penjaga gol Shrewsbury, Jayson Leutwiler kelihatan seperti dihalang.

    Menerusi rakaman ulang tayang, kedudukan dan penglihatan Leutwiler dihalang oleh tiga pemain United iaitu Ander Herrera, Jesse Lingard dan Anthony Martial yang berada di dalam kedudukan ofsaid.

    Van Gaal mengakui bahawa United mempelajari taktik itu daripada pasukan lawannya, FC Midtjylland ketika tewas 1-2 dalam aksi Liga Europa selepas berasa 'keliru' dengan peraturan ofsaid melalui set-piece tersebut.

    “Kami telah belajar dan analisis (sepakan percuma) Midtjylland yang mana kami telah melihat mereka melakukan perkara yang sama.

    “Pada mulanya, kami juga menyangkakan ia berada pada kedudukan ofsaid. Jadi, kami bertanyakan kepada pengadil dan mereka berkata, ia tidak ofsaid dan kamu juga boleh berbuat demikian.

    “Itulah mengapa kami mempelajari taktik itu ketika mengambil sepakan percuma. Hari ini (semalam), kami berjaya menjaringkan gol sepakan percuma dan sudah tentu ia bagus buat pasukan ini,” katanya.

    Sementara itu, gol ketiga United disempurnakan oleh Lingard. The Red Devils akan bertemu West Ham United dalam aksi suku akhir Piala FA.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: United Tiru Taktik Midtjylland Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top