My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Bersangka Baik Sentiasa Dan Sabar Menghadapi Ujian



    Pada suatu hari, seekor anak tiram di dasar laut mengadu kepada ibunya perihal sebutir pasir yang tajam memasuki tubuhnya yang lembik. Dengan nada yang pilu, ibu si tiram menjawab, “Anakku, Tuhan tidak memberikan kepada kita satu tangan pun sehingga ibu pun tidak dapat menolongmu.” 

    Si ibu terdiam sebentar sebelum menyambung kembali nasihatnya, “Aku tahu rasa sakit itu, tetapi terimalah ia sebagai takdir alam. “Kuatkan semangatmu untuk menahan kesakitan dan rasa ngilu yang menggigit. Balutlah pasir yang tajam itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau perbuat,” kata si ibu dengan nada memujuk.

    Lalu anak tiram itu melakukan seperti apa yang dinasihatkan. Nampak ada hasilnya, cuma terkadang rasa sakit datang menyerang, rasanya bukan kepalang. Saat menanggung kesakitan, terdetik keraguan di hati nasihat si ibu untuk bersangka baik dengan Tuhan. Terasa seperti Tuhan mahu membebankannya dengan kesakitan yang tidak mampu ditanggung.

    Namun, dengan air mata anak tiram masih bertahan bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedariya sebutir mutiara mula terbentuk di dalam isi dagingnya. Makin lama makin halus, rasa sakit yang ditanggungnya juga makin berkurang.

    Setelah sekian tahun, sebutir mutiara yang besar dan berkilauan dan pastinya bernilai tinggi terbentuk dengan sempurna. Penderitaan ditanggung bertukar kepada rasa bahagia dan bangga. Dia kini jauh bernilai daripada jutaan tiram lain di dasar lautan yang cuma menjadi sebahagian daripada menu masakan.

    Tentu sekali mutiara dalam dirinya ini bakal ditempatkan di tempat yang paling eksklusif dan menjadi perhiasan bagi orang kaya.

    Kisah di atas hanyalah perumpamaan mengenai bagaimana manusia mempunyai pilihan untuk memberi tindak balas terhadap ujian dan tekanan yang dihadapi dalam hidupnya. Ia juga perumpamaan bagaimana kekecewaan dapat mengubah ‘orang biasa’ kepada orang ‘luar biasa.’

    Ramai orang yang menyerah kalah dengan ujian yang berat serta memilih mengambil pendekatan negatif. Dia berputus asa dan menyerahkan kepada takdir selepas penat berusaha. Kadang¬kala dia menyalahkan Tuhan atas takdir menimpanya.

    Mereka memilih untuk menjadi tiram biasa yang menjadi sos makanan manusia sedangkan mempunyai pilihan untuk menjadi tiram yang menghasilkan mutiara. Maka tidak hairanlah mengapa di dalam dunia orang yang berjaya boleh dibilang dengan jari kerana tidak ramai yang sanggup menahan ‘kesakitan’ dalam ujian yang diberikan.

    Mereka menjadi idola dan inspirasi kepada jutaan manusia lain di dunia ini. Lihat bagaimana ujian yang menimpa Rasulullah. Saat Baginda dalam kandungan ibunya Baginda telah diuji dengan pemergian bapanya.

    Pada umur Baginda enam tahun, Rasulullah telah kehilangan ibu yang dikasihi. Sejarah hidup Rasulullah penuh dengan episod duka. Namun, berjaya dihadam oleh Rasulullah dengan sangkaan baik dan penuh kesabaran.

    Episod duka ini juga menjadikan Rasulullah hamba paling dikasihi Allah dan menjadi idola seluruh umat Islam yang mendambakan syafaatnya pada hari akhirat kelak. Kekecewaan juga banyak memahat nama ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai pada hari ini.

    Tahukah anda Kolonel Sanders hanya berjaya pada resipinya yang ke 1,009? Ini bermakna beliau telah mencuba sebanyak 1,008 kali sebelum ayam gorengnya diterima ramai. Kini pewarisnya boleh berbangga dengan ribuan cawangan KFC di seluruh dunia.

    Begitulah bagaimana Allah mentakdirkan sesuatu yang menimpa pasti ada yang bernilai untuk kita cari di sebaliknya. Terpulang bagaimana cara dan persediaan kita untuk menghadapinya.

    Renung-renungkan dan Selamat Beramal
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bersangka Baik Sentiasa Dan Sabar Menghadapi Ujian Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top