Pelumba Astana Pro Tour, Andrea Guardini menjuarai peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 yang berakhir di Baling, Kedah, semalam. Pelumba dari Itali itu mancatatkan masa empat jam 25 minit 57 saat untuk menamatkan perlumbaan sejauh 165.5 kilometer yang bermula di Kangar.
Brenton Jones dari Drapac Profesional Cycling meraih tempat kedua manakala pelumba Skydive Dubai Pro Cycling, Andrea Palini meraih kedudukan ketiga.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan pada kedudukan ke-10. Berikut adalah keputusan penuh bagi saingan pertama semalam.
Keputusan Peringkat 1
1. Andrea Guardini (Itali) - Astana Pro Team
2. Brenton Jones (Australia) - Drapac Professional Cycling
3. Andrea Palini (Itali) - Skydrive Dubai Pro Cycling Team
Jersi Kuning
1. Andrea Guardini (Itali) - Astana Pro Team - 4 : 15'47 saat
2. Wang Meiyin (China) - Hengxiang Cycling Team - 4 : 15'49 saat
3. Muhamad Adiq Husaini (Malaysia) - Terengganu Cycling Team - 4 : 15'50 saat
Jersi Teal (Raja Pecut)
1. Andrea Guardini (Itali) - Astana Pro Team - 15 mata
2. Wang Meiyin ( China) - Hengxiang Cycling Team - 13 mata
3. Brenton Jones (Australia) - Drapac Professional Cycling - 12 mata
Jersi Polka Dot (Raja Bukit)
1. Wang Meiyin (China) - Hengxiang Cycling Team - 14 mata
2. Loh Sea Keong (Malaysia) - Malaysia National Team - 8 mata
3. Meher Hasnaoui (Tunisia) - Skydrive Dubai Pro Cycling Team - 3 mata
Jersi Putih (Terbaik Asia)
1. Wang Meiyin (China) - Hengxiang Cycling Team - 4 : 15'49 saat
2. Muhamad Adiq Husaini - Terengganu Cycling Team - 4 : 15'50 saat
3. Shimpei Fukuda (Jepun) - Aisan racing Team - 4 : 15'57 saat
Perlumba daripada 22 pasukan akan meneruskan saingan peringkat kedua esok sejauh 158.1 kilometer bermula di Sungai Petani ke Georgetown. LTdL edisi ke-21 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan membabitkan jarak sejauh 1179 kilometer.
0 comments:
Post a Comment