My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    Trump Menang Besar di Nevada



    Calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menang besar dalam pengundian Parti Republikan di negeri Nevada kelmarin, kemenangan ketiga berturut-berturut buat Trump dalam perlumbaan untuk menduduki kerusi White House. 

    “Kita akan meraikan kemenangan ini agak lama pada malam ini,” kata Trump kepada penyokong-penyokong yang bersorak mendengar ucapan kemenangannya kelmarin. Keputusan itu membayangkan cabaran getir yang dihadapi oleh pencabar-pencabar Trump menjelang pengundian Parti Republikan di 11 negeri minggu depan.

    Media AS menyatakan, Trump memenangi 46 peratus undi dalam pemilihan di Nevada kelmarin. Stesen televisyen CNN dan saluran berita Fox News pula melaporkan, Senator Florida, Marco Rubio jauh ketinggalan apabila mendapat cuma 23.7 peratus undi, diikuti Senator Ted Cruz dari Texas di tempat ketiga dengan 21.5 peratus undi.

    Mengulas kemena¬ngannya, Trump berkata, beliau mendapat sokongan kuat daripada masyarakat berbilang kaum termasuk penduduk berdarah Latin. Bilionair hartanah itu sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai orang apabila mendakwa Mexico menghantar perogol dan penjenayah ke AS.

    “Kita berjaya menambat hati golongan kuat beragama. Kita menambat hati belia. Kita menambat hati warga emas. Kita menambat hati golongan terpelajar dan kurang terpelajar,” kata Trump.

    Dalam perkembangan berkaitan, Cruz bertegas bahawa beliau merupakan satu-satunya calon yang mampu menewaskan Trump selepas mencatat kemenangan dalam pengundian parti atau kaukus yang pertama di Iowa. Menurut Cruz, beliau kini memberi tumpuan kepada pengundian paling penting untuk semua calon pilihan raya AS pada Selasa depan.

    “Seminggu lagi merupakan hari yang paling penting dalam kempen politik ini,” katanya. Pengundian di Nevada adalah yang keempat untuk calon-calon Parti Republikan dengan Trump turut mencatat kemenangan di New Hamsphire dan South Carolina. Beliau mendapat tempat kedua di Iowa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Menang Besar di Nevada Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top