My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Rakyat Iran Mengundi Untuk Memilih Wakil Dewan Syura




    Rakyat Iran mula mengundi dalam pilihan raya semalam, satu proses yang dianggap penting bagi kerajaan sedia ada mendapat mandat baharu bagi menyegerakan perubahan domestik selepas memeterai perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa besar dunia. 

    Satu pakatan calon-calon prokerajaan yang dikenali sebagai ‘Senarai Harapan’ dikatakan mewakili hasrat Presiden, Hassan Rouhani pada pilihan raya itu. Pada pilihan raya itu, hampir 55 juta orang dipercayai layak membuang undi bagi memilih 290 Ahli Parlimen.

    Rakyat di negara tersebut juga akan mengundi pada pilihan raya yang kedua untuk memilih 88 anggota Dewan Syura yang merupakan satu badan ulama berpengaruh bagi memantau kerja-kerja pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

    Sementara itu, seorang pegawai berkata, waktu mengundi bermula pukul 8 pagi (waktu tempatan) dan akan ditutup pada pukul 6 petang, bagaimanapun pusat-pusat mengundi akan terus dibuka jika masih ramai yang belum membuang undi.

    Ayatollah yang dilihat telah membuang undi pada awal pagi semalam menggesa rakyat di negara itu supaya menunaikan tanggungjawab dengan segera. “Semua orang perlu mengundi termasuk bagi mereka yang mencintai Iran, menyayangi negara republik Islam ini serta demi kemegahan dan kemuliaan Iran,” katanya kepada wartawan selepas membuang undi semalam.

    Ekonomi di Iran dilihat semakin kukuh menjelang kempen pilihan raya walaupun negara itu berhadapan dengan cabaran bagi mengatasi kerugian yang dialami hampir 10 tahun disebabkan sekatan antarabangsa.

    Hakikatnya, pilihan raya itu dikatakan akan menjadi tunjang utama dalam penentuan masa depan Iran. Pilihan raya kali ini melibatkan seramai 4,844 calon dengan kira-kira 10 peratus adalah golongan wanita. Kertas undi dari luar Teheran dijangka diterima dalam tempoh 24 jam, manakala jumlah bilangan undi di ibu negara itu yang didiami kira-kira 12 juta penduduk akan mengambil masa tiga hari.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Iran Mengundi Untuk Memilih Wakil Dewan Syura Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top