My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Banjir Di Sarawak, Kenapa BN Di Persalahkan?





    Bandaraya Kuching sekali lagi ditimpa musibah. Hujan yang tidak berhenti-henti sejak tengah malam tadi telah menyebabkan banyak tempat di bandar Kuching dinaiki air sehingga menenggelamkan banyak tempat yang sekian lama menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

    Melucukan, bagi kebanyakan penduduk Kuching, mereka pantas menunding jari kepada kerajaan negeri dan pusat diatas banjir kilat ini. Ada yang mendakwa, kerajaan negeri mengabaikan keadaan Bandaraya Kuching sehingga menyebabkan Kuching di naiki air.

    Malah ada yang mendakwa, kerajaan pusat langsung tidak membantu mereka mengharungi detik sukar ini. Ini ditambah lagi dengan sikap DAP negeri yang pantas menunding jari kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Tan Sri Haji Adenan Satem, selaku Ketua Menteri Sarawak.

    Mudahnya mereka membuat sesuatu keputusan sehingga mereka terlupa, siapakah Wakil Rakyat di kawasan berkenaan. Jika dilihat dilaman sosial Facebook milik pejuang DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, beliau dengan bangganya menunjukkan beliau tiba terlebih dahulu di sesuatu tempat yang dilanda musibah dalam menghulurkan bantuan.

    Menariknya, beliau pasti akan muncul di kawasan luar bandar. Tidak kiralah banjir mahupun kebakaran, kelibat beliau pastinya akan ada di tempat-tempat berkenaan. Namun, baik beliau, mahupun Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jin, kedua-dua mereka memilih untuk menjadi bisu apabila Kuching sendiri dilanda musibah.

    Mungkin ramai yang terlupa siapa Chong Chieng Jin sebenarnya. Beliau adalah Ahli Parlimen Kuching merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa. Menariknya, kedua-dua tempat ini ditenggelami air. Dimana kelibat wakil rakyat yang kononnya hebat di bandar Kuching ini? Kenapa tiada kelibat beliau muncul di kawasan Kuching hari ini?

    Dimana kelibat Abdul Aziz, orang suruhan paling setia dengan Chong? Adakah ini caranya DAP meraih undi? Memandang penduduk luar bandar dari menjaga kebajikan penduduk yang mereka wakili? Ini yang dikatakan hebat oleh penyokong beliau?

    Usai banjir besar melanda beberapa bahagian di negeri ini baru-baru ini, pastinya banyak perkara yang perlu diuruskan termasuk sampah bawaan banjir yang memungkinkan banyak longkang-longkang tersumbat sehingga menyumbang kepada banjir kilat hari ini.

    Namun, penduduk Kuching terutamanya penyokong DAP memilih untuk menjadi gila dengan menyalahkan orang lain atas kesusahan yang menimpa mereka. Jika mahu menunding kepada kerajaan negeri, renungkan beberapa perkara ini terlebih dahulu. Kerajaan negeri sentiasa mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

    Paling utama, bantuan awal sentiasa disediakan demi memastikan kesemua mangsa banjir ini dijaga dan diberi keutamaan. Walaupun tiada "publisiti" dengan isu banjir ini, namun bagi kerajaan pusat, sebarang permasalahan di Kuching, tidak pernah diabaikan.

    Kini, para penyokong DAP dan mereka yang tidak tau erti bersyukur ini harus berfikir semula. Dimana wakil rakyat mereka sewaktu Bandaraya Kuching ditimpa bencana? Apa bantuan awal yang mereka hulurkan bagi membantu banyak mangsa banjir kilat yang terlibat? Adakah mereka datang membantu dan menguruskan penempatan sementara sewaktu banjir melanda?

    Tidak perlu menjawab pada persoalan ini. Jawapannya sudah ada. Mereka akan menghilangkan diri demi merayu undi pada penduduk kawasan lain dari membantu rakyat yang mereka wakili. Tindakan mereka? menyemai kebencian dengan menuduh kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa terhadap rakyat yang sedang mengalami kesusahan. Ini wakil rakyat yang diagungkan itu?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir Di Sarawak, Kenapa BN Di Persalahkan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top