My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Pelan Terbaru Maxis Di Luar Negara



    Maxis Bhd (Maxis) berharap mencatatkan 1.5 juta pelanggan pelan MaxisONE menjelang akhir tahun ini didorong pengenalan pelbagai aktiviti yang boleh menambah nilai kepada penggunanya. Pelan MaxisONE yang mula diperkenalkan dua tahun lalu sehingga kini mempunyai 750,000 pengguna termasuk 2.5 juta pelanggan Maxis. 

    Ketua Perniagaan Pelanggan Pasca Bayar Maxis, Arjun Varma berkata, menerusi MaxisONE, Maxis memperkenalkan MaxisONE World yang memberi kelebihan kepada pelanggan MaxisONE mendapat harga rendah ketika ke luar negara dan menggunakannya seperti di Malaysia.

    Beliau berkata, MaxisONE World adalah strategi meningkatkan pelanggan MaxisONE terutama bagi mereka yang gemar ke luar negara serta membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perayauan di Malaysia.

    “Bagi pengguna MaxisONE World, mereka hanya perlu membayar RM38 sehari ketika di luar negara dengan tawaran seperti tiada caj membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di luar negara, tiada caj menerima panggilan di mana saja di seluruh dunia dan tiada caj untuk semua aplikasi melancong.

    “Ketika ini, dalam fasa pertama pas MaxisONE World ditawarkan kepada pelanggan MaxisONE yang melancong ke lapan negara Asean iaitu Singapura, Iindonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Filipina, Kemboja dan Laos,” katanya pada majlis pelancaran MaxisONE World, di sini, semalam.

    MaxisONE World turut ditawarkan dengan perlindungan perjalanan percuma kepada pengguna ketika merantau antaranya kelewatan, kehilangan bagasi, kecurian dan kemalangan. Arjun berkata, MaxisONE World mula memasuki lokasi di luar Asean bermula suku ketiga ini dimulai dengan Asia Tenggara dan seterusnya ke seluruh dunia secara berperingkat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelan Terbaru Maxis Di Luar Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top