My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    DAP Pulau Pinang Proksi Yahudi Di Asia Tenggara?



    Heboh diperkatakan kini tentang tindakan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang yang seolah-olah mengizinkan satu persidangan International Scotish Masonic yang berasaskan Freemason diadakan di negeri ini bermula hari ini.

    Seperti sedia maklum, Freemason merupakan salah satu cabang ajaran Yahudi yang bersusur galur dari Illuminati yang diasaskan oleh Yahudi di Jerman satu ketika dahulu. Justeru, tidak menghairankan apabila kesemua NGO-NGO berasaskan Islam bangkit menentang persidangan seumpama ini bertapak di Pulau Pinang.

    Namun, agak mengejutkan, bagaimana Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang bertindak seperti orang pekak dan tuli dengan tidak mengendahkan gesaan penolakan yang disuarakan oleh kesemua NGO-NGO ini.

    Malah, semalam, sekeping surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Lim Guan Eng mededahkan bahawa Guan Eng pernah mendermakan wang kerajaan negeri sebanyak RM 40,000 terhadap pertubuhan ini.

    Jadi tidak hairanlah jika ada yang mengaitkan DAP di Malaysia hari ini adalah proksi terpenting Yahudi di Asia Tenggara selain daripada Singapura dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP pula, sehingga hari ini memilih untuk membisu tanpa walau sekalipun menafikan memberi keizinan untuk pertubuhan ini memasuki Pulau Pinang.

    Ketika menemubual salah seorang ahli NGO Persatuan Muka Buku Pulau Pinang baru-baru ini, mereka sendiri mengandaikan bahawa kemungkinan Lim Guan Eng sendiri merupakan salah seorang ahli pertubuhan ini jika dinilai dari penglibatannya berdasarkan surat berkenaan.

    Beliau yang enggan dikenali juga memberitahu, Guan Eng juga sehingga hari ini gagal menepis sebarang persoalan mengenai desas desus yang mengatakan beliau menerima sejumlah dana berjumlah RM 1.2 bilion yang disalurkan oleh pertubuhan Yahudi melalui Singapura.

    Jika ini pun gagal dijawab dengan jelas oleh Guan Eng, pastinya beliau ada menyimpan sesuatu mengenai penglibatannya dalam pertubuhan Freemason dan tidak mustahil didalam Illuminati itu sendiri. Tegas beliau, orang-orang Islam di Pulau Pinang pasti akan bangkit menentang persidangan ini kerana sejak zaman berzaman, Yahudi adalah musuh Islam selamanya.

    Jadi untuk membiarkan pertubuhan seperti Freemason bertapak di Pulau Pinang, pastinya bukan suatu perkara yang disenangi oleh mana-mana individu yang beragama Islam. Sebagai menyatakan bantahan mereka, NGO-NGO ini akan mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menggagalkan persidangan haram seumpama ini.

    Sama-samalah kita mendoakan, perjuangan saudara kita di Pulau Pinang yang bermula jam 3 petang ini sentiasa dilindungi olehNya. Selamat Berjuang rakan saudara seagamaku di Pulau Pinang. Allahhuakhbar!!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAP Pulau Pinang Proksi Yahudi Di Asia Tenggara? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top