My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Penyekatan Penerbitan Malaysian Insider, Satu Tindakan Tepat



    Tepat jam 4 petang semalam, portal berita pro pembangkang, Malaysian Insider telah secara rasminya disekat dari di akses dari mana-mana komputer oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkuat kuasa serta merta.

    Tindakan menyekat laman portal ini dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan  Multimedia 1998. Tindakan ini dipercayai berdasarkan kepada isi kandungan portal berkenaan yang sentiasa menyiarkan berita-berita yang telah dimanipulasikan demi untuk meraih pembaca.

    Malah, Malaysian Insider juga dikenali antara portal berita yang sentiasa menjadi rujukan para pembenci kerajaan, sama seperti Malaysia Kini, Kini TV dan Free Malaysia Today. Hampir kebanyakan beritanya, apabila melibatkan kerajaan, pastinya ia akan di manipulasikan dan ada diantaranya langsung tidak tepat.

    Ini sekaligus membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh SKMM ini tepat dan tidak perlu untuk dipertikaikan lagi. Menariknya, ada diantara rakyat negara ini melatah tentang penyekatan ini. Ada yang menuduh, ini adalah kali pertama kerajaan Malaysia menyekat penerbitan sesebuah portal dan penerbitan sesebuah berita bebas. Benarkah dakwaan demikian?

    Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh SKMM ini bukanlah insiden kali pertama yang berlaku terhadap negara dan dunia. Jika dilihat di seluruh dunia, banyak akhbar dan penerbitan sesebuah portal berita pernah mengalami nasib yang sama seperti Malaysian Insider. Malah ada yang diharamkan terus penerbitannya.

    Di Malaysia pula, sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamed masih menjadi Perdana Menteri, banyak akhbar yang terpaksa di tutup penerbitannya, hanya kerana tidak sealiran dengan Tun M. Antara akhbar berkenaan adalah Watan, sebuah akhbar bebas yang menyuarakan hak dan suara rakyat yang sememangnya tidak digemari oleh Tun M semasa pentadbirannya dahulu.

    Malah, jika ditanya kepada penerbit dan ketua editor bagi Kumpulan Utusan, NST, TV3, RTM, Bacaria, Berita Harian, Nanyang Siang Pau dan lain-lain lagi, kesemua mereka harus merujuk terlebih dahulu kepada Setiausaha Akhbar beliau sebelum sesebuah berita diterbitkan, tambahan lagi berita berkenaan mengenai diri beliau sendiri.

    Jelas dalam hal ini, bukanlah kali pertama kerajaan menyekat kebebasan bersuara sebegini. Kerajaan sentiasa menggalakkan kebebasan bersuara apatah lagi dengan kemunculan berita-berita menerusi portal-portal online sebegini. Namun, seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak, sebarang penerbitan berita haruslah bersandarkan kepada laporan yang tepat dan tidak memecah belahkan rakyat.

    Malah, para pengamal media juga disarankan untuk menyampaikan berita yang betul, bukan bertindak menghasut rakyat membenci pemimpin sendiri. Jadi tiada salahnya apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menyekat penerbitan Malaysian Insider dan Sarawak Report.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Tak faham betul la saya. Kata kerajaan, laman TMI telah disekat tetapi kita masih terus dibenarkan melayari berita-berita dalam TMI hingga sekarang melalui: www.themalaysianoutsider.com.

      ReplyDelete

    Item Reviewed: Penyekatan Penerbitan Malaysian Insider, Satu Tindakan Tepat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top