My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    Samsung Terajui Inovasi Mudah Alih


    Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan telefon pintarnya, Galaxy S6 edge dan jam pintarnya, Gear S2 meraih anugerah daripada GSMA pada majlis Anugerah Mudah Alih Global yang diadakan sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2016 di Barcelona, Sepanyol. 

    Presiden Komunikasi Mudah Alihnya, DJ Koh berkata, sebagai penyedia dalam dunia teknologi dan komunikasi, Samsung terus memperkukuhkan rangkaian perkakasan dan perisian serta perkhidmatannya dalam menghasilkan teknologi maju ke hadapan.

    Menurutnya, syarikat itu sentiasa melakukan perkara hebat yang melepasi kehebatan teknologi masa kini dengan memperkenalkan produk yang mampu memberikan pengalaman penggunaan luar biasa.

    “Kami berbangga dan teruja apabila diiktiraf sebagai penyedia teknologi terkemuka dalam industri bagi tahun 2015 dan akan kekal komited dalam menyediakan perkakasan yang dapat memberikan pengguna kesenangan selain terus fokus dengan inovasi,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

    Samsung Galaxy S6 edge diangkat sebagai Telefon Pintar Terbaik 2015 berdasarkan reka bentuknya yang unik dan kepelbagaian fungsi yang bermanfaat untuk kegunaan harian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Samsung Terajui Inovasi Mudah Alih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top