Biarpun Mercedes mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) musim lalu, namun pemandunya, Nico Rosberg tetap menganggap Ferrari sebagai ancaman utama menjelang kempen baharu kali ini yang akan bermula bulan depan.
“Kami memandang serius kekuatan pasukan-pasukan lain terutama Ferrari kerana saya yakin mereka mampu memberikan tentangan sengit kepada kami.
“Disebabkan itu, kami perlu bergerak lebih maju ke hadapan. Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada perlumbaan pertama nanti,” katanya. Mercedes dikatakan tidak rela kehilangan podium juara kepada Ferrari sewaktu perlumbaan pembuka tirai musim 2016 pada Grand Prix (GP) Australia di Melbourne, 20 Mac depan.

“Saya selesa dan saya gembira menjadi sebahagian daripada Mercedes. Kami meraih banyak kejayaan dan saya yakin lebih banyak kejuaraan mampu dimenangi kelak.
“Setiap tahun merupakan cabaran baharu termasuk musim ini. Saya akui tidak sabar untuk bersaing semula dengan Hamilton yang memang merupakan pemandu terbaik dunia buat masa ini.
“Ia antara sebab saya melibatkan diri dalam bidang sukan. Jadi, ia merupakan satu perkara yang bagus,” jelas Rosberg.
0 comments:
Post a Comment