My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 February 2016

    Menolong Tun M Bagaikan Melepas Anjing Tersepit



    Dalam banyak ucapan yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir di beberapa majlis yang beliau hadiri, beliau seolah-olah menidakkan langsung beberapa pertolongan yang dihulurkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri. Malah beliau tidak teragak-agak mengatakan, Datuk Seri Mohd Najib mahu memusnahkan apa yang beliau bina sebelum ini.

    Dakwaan ini sebenarnya pantas disangkal oleh Datuk Seri Mohd Najib. Dalam beberapa ucapan beliau sepanjang Majlis Sambutan 40 Tahun Pembabitan beliau didalam politik, beliau berulang kali memberitahu bahawa beliau kini sedang membina Malaysia mengikut acuan beliau bersandarkan kepada asas yang telah dibina oleh Tun M sebelum ini.


    Malah, beliau turut memperjelaskan bahawa memang wujud beberapa dasar yang kurang popular dilaksanakan beliau sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Namun ianya bukan bersifat menghancurkan negara, tetapi ianya dibuat demi kebaikan pembangunan negara yang berhasrat mahu mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.

    Mungkin Tun M sendiri terlupa, bagaimana Datuk Seri Mohd Najib beberapa kali menyelamatkan karier politik Tun M. Sewaktu konflik dalaman UMNO pada tahun 1987, lebih 50 peratus Bahagian UMNO enggan lagi mengadakan sebarang majlis terbuka mencari ahli baru UMNO kerana jelas tidak senang dengan cara Tun M menghadapi masalah dengan Timbalannya sendiri, Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

    Pada waktu berkenaan, UMNO akhirnya diharamkan dan jika tidak kerana Datuk Seri Mohd Najib yang pada ketika itu, Ketua Pemuda UMNO yang membawa borang keahlian baru sebanyak 10,000 keping, masakan mungkin UMNO baru dapat ditubuh dan karier Tun M kembali dapat diselamatkan.

    Sekali lagi Datuk Seri Mohd Najib menunjukkan kesetiaannya kepada pemimpin apabila beliau secara terbuka mengumumkan sokongan beliau terhadap Tun M walaupun pada ketika itu ramai dikalangan pemimpin UMNO bertindak menyokong Tan Sri Tengku Razaliegh dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO.

    Dua insiden ini sudah cukup membuktikan bahawa Datuk Seri Mohd Najib bukan seperti yang didakwa oleh Tun M dalam banyak ceramah yang penuh fitnah. Mungkin benar pendapat orang tua-tua, bagaikan menolong anjing tersepit, anjing terlepas, tangan kita digigit. Inilah perumpamaan paling tepat menggambarkan bagaimana Tun M begitu mudah melupakan orang yang pernah menolong beliau untuk kekal berkuasa disaat-saat getir sepanjang 22 tahun.

    Malah, langsung tiada sebarang ulasan mahupun ucapan penghargaan diberikan oleh Tun M terhadap Datuk Seri Mohd Najib, sebaliknya, kini ianya dibalas dengan fitnah, hasutan dan kebencian kepada orang yang pernah berjasa terhadapnya. Inikah contoh yang baik?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Menolong Tun M Bagaikan Melepas Anjing Tersepit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top