My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Sarawak, Bumi Bertuah, Kekal Di Hati

    images (28)

    Bumi Kenyalang, adalah nama jolokan bagi sebuah negeri yang berada di Kepulauan Borneo yang bernama Sarawak. Keunikan negeri ini bukan sahaja berkisar terhadap flora dan faunanya, tetapi keunikan rakyat berbilang kaum yang ada di negeri berkenaan. 

    Sarawak didiami hampir 37 etnik yang mendiami sebuah negeri yang lebih besar dari keseluruhan Semenanjung Malaysia. Uniknya, walaupun didiami oleh 37 etnik berbilang kebudayaan, namun mereka mampu hidup aman dan harmoni tanpa ada sebarang konflik perkauman yang serius.


    Tidak sukar mencari sebuah kedai makan milik kaum Cina disinggahi oleh pelbagai kaum lain untuk makan dan minum di premis berkenaan. Begitu juga kedai makan yang diusahakan oleh kaum Melayu mahupun Iban.

    Menyentuh kepada kepelbagaian kaum yang mendiami Sarawak, kaum majoriti yang mendiami Sarawak adalah kaum Iban yang mendominasi populasi penduduk Sarawak hampir 30%, diikuti dengan kaum Cina, 24%, Melayu, 23.6% dan lain-lain etnik seperti Bidayuh, Melanau, Kenyah, Kelabit, Penan dan lain-lain lagi.

    Keunikan Sarawak juga dapat dilihat apabila negeri ini dikuasai oleh penganut agama Kristian di ikuti dengan Islam dan Budha. Populasi penduduk Sarawak ini menambahkan lagi keunikan sebuah negeri yang sewajarnya menjadi contoh terbaik bagi semua negeri tentang sikap toleransi yang sentiasa diamalkan di negeri Sarawak.

    Dalam bidang politik, sebanyak 5 orang Ketua Menteri telah berkhidmat sepanjang penyertaan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia dengan Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat bagi sesebuah negeri.

    Sejak dari dahulu sehingga kini, Parti Pesaka Bangsa Bersatu Sarawak (PBB) merupakan sebuah parti yang cukup dominan di negeri Sarawak. Bagi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional, penguasaan berterusan mereka di Negeri Sarawak membantu Sarawak berkembang sesuai dengan peredaran masa.

    Legasi pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ini kini diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak yang baru, Pehin Sri Adenan Satem yang dilihat sebagai seorang Ketua Menteri yang amat terbuka namun tegas dalam urusan pemerintahan.

    Sebagai seorang yang amat arif tentang keadaan Sarawak, penumpuan khusus beliau terhadap nasib penduduk luar bandar begitu disenangi oleh kebanyakan Rakyat Sarawak.

     Sarawak, negeri bertuah dengan kepadatan flora dan fauna, jaringan pantai yang cukup cantik serta kepelbagaian kaum, budaya dan agama jelas memberikan suasana yang berlainan dari apa yang pernah kita lihat sebelum ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sarawak, Bumi Bertuah, Kekal Di Hati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top