My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    16 Telefilem Terpilih Untuk Anugerah Tribute P Ramlee


    Mengakui peraturan kali ini lebih ketat, pelakon Rosyam Nor mahu setiap telefilem yang dipertandingkan dalam Anugerah Tribute P Ramlee musim ketiga lebih berkualiti penghasilannya untuk diiktiraf. 

    Selaku pencetus idea anugerah berkenaan, Rosyam memaklumkan 16 telefilem terpilih iaitu Fantasia Bulan Madu, Saling, Segalanya Dia, Tanya Sama Pokok, Biar Biola Berbicara, Sri Bulan, Hey Missy!, Kalau Jodoh Tak Kemana dan Redhaku Untukmu.

    Selain itu, Putih Kemboja, Apek & Siti, Peluang Kedua, Malam Ku Bermimpi, Kembara Nak Dara, Aku dan Dia serta Sabotaj. Kesemuanya akan menjalani penggambaran bermula Mac ini. Mengulas penambahan tiga telefilem tahun ini, Rosyam bersyukur apabila hasratnya itu mendapat kelulusan RTM.

    “Ikutkan saya mahu 20 telefilem dipertandingkan. Pun begitu, dapat 16 pun sudah bersyukur.

    “Maklumlah hendak pilih karya yang bagus pun bukan mudah kerana saya sangat menitikberatkan kualiti.

    “Pemilihan pengarah dan pelakon, saya akan buat bersama RTM. Bagi kami, tidak kira pelakon itu popular atau tidak yang penting dia berjaya menzahirkan watak dengan berkesan dan memikat hati penonton,” katanya.

    Tambah Rosyam lagi, antara pembaharuan dilakukan kali ini adalah pembabitan sutradara baru.
    “Saya selesa menggunakan pengarah yang biasa bekerja dengan saya, tetapi saya sedar kita kena beri peluang kepada muka baru.

    “Kita juga masih beri peluang kepada pengarah yang menang tahun lalu untuk bertanding kali ini. Pun begitu, Bade Azmi dan Aizal Yusoof tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitmen lain,” katanya.

    Telefilem Tribute P Ramlee akan bersiaran di TV1, jam 9 malam pada Oktober depan. Antara pengarah yang terbabit tahun ini ialah Datuk Paduka Suhaimi Baba, Dira Abu Zahar, Feroz Khan, Nizam Zakaria dan ramai lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 16 Telefilem Terpilih Untuk Anugerah Tribute P Ramlee Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top