My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Sanjay Dutt Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara


    Bintang kontroversi Bollywood, Sanjay Dutt dibebaskan dari penjara lebih awal semalam selepas menjalani empat dari lima tahun hukuman penjara terhadapnya kerana memiliki senjata dibekalkan mafia yang dikaitkan dengan kejadian letupan bom di Mumbai pada 1993. 

    Pelakon itu dilihat mencium tanah dan menabik ke arah penjara sebaik keluar bebas dari penjara di barat bandar Pune selepas pihak berkuasa memutuskan membebaskannya atas sebab berkelakuan baik.

    Disambut polis dan media di luar Penjara Pusat Yerwada, pelakon berusia 56 tahun itu tersenyum sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan pelbagai guna (SUV) putih dan dibawa pergi. Dia kemudian menemui media di lapangan terbang di Pune sebelum dilaporkan menaiki penerbangan ke Mumbai.

    “Saya berada di luar kerana sokongan mereka (peminat). Tiada jalan mudah untuk bebas, kawanku,” katanya.

    Sanjay pada asalnya dipenjara enam tahun selepas didapati bersalah pada 2006 kerana memiliki senjata yang dibekalkan ketua mafia yang mempunyai kaitan dengan kejadian pengeboman yang membunuh 257 orang.

    Dia menjalani hukuman selama 18 bulan sebelum dibebaskan atas jaminan pada 2007 untuk menunggu rayuan terhadap keputusan itu.

    Pada Mac 2013, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan terhadapnya, tetapi mengurangkan hukuman penjara kepada lima tahun menyebabkan bintang yang diberi jolokan ‘Deadly Dutt’ itu dihantar kembali ke penjara untuk menghabiskan baki hukumannya iaitu tiga tahun setengah.

    Aktivis sosial menentang pembebasan lebih lapan bulan lebih awal itu dengan mendakwa Sanjay diberi layanan istimewa kerana status selebriti. Sanjay turut dibenarkan bebas untuk beberapa bulan beberapa kali sepanjang tempoh hukuman bagi menghabiskan penggambaran filem yang belum selesai kerana produksi filem berdepan risiko kerugian jutaan dolar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sanjay Dutt Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top