My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    JDT Laung Amaran Awal Dalam Piala AFC



    JOHOR Darul Takzim (Johor DT) membuktikan status hebat mereka selaku juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tampil garang membelasah kelab Myanmar, Ayeyawady United 8-1 pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan H bagi saingan musim 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi. 

    Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila menghasilkan gol pertama seawal minit keenam menerusi kapten, Safiq Rahim. Begitupun, dua minit kemudian, kelekaan barisan pertahanan skuad bimbingan Mario Gomez itu menerima padah apabila gawang mereka bolos menerusi jaringan Thiha Zaw untuk menjadikan kedudukan 1-1.

    Tersentak dengan jaringan tersebut, Johor DT kembali mengatur gerak dan rentak mereka dilihat lebih kemas dan terancang. Mereka mula menguasai permainan tanpa memberi sebarang ruang buat pemain lawan untuk merencanakan asakan.

    Ketika perlawanan sudah memasuki minit ke-14, Johor DT sekali lagi meloloskan diri dan S. Kunanlan mencatat nama selaku penjaring bagi membolehkan pasukannya mendahului 2-1. Pemain import, Antonio Marcus menjadikan kedudukan 3-1 apabila mudah menyempurnakan sepakan sudut daripada Safiq pada minit ke-31.

    Pada separuh masa kedua, rentak Johor DT berada dalam kelas tersendiri dan mereka terus ghairah menghukum Ayeyawady United yang menyaksikan Safiq mencipta hatrik menerusi jaringannya pada minit ke-50 dan ke-63 untuk membolehkan pasukannya mendahului 5-1.

    Pada sepuluh minit terakhir, Johor DT menambah tiga lagi gol menerusi dua jaringan Juan-Martin Lucero pada minit ke-83 dan ke-87. Aidil Zaquan Abdul Radzak melengkapkan malam gemilang Harimau Selatan menerusi jaringannya pada minit ke-89.

    Selepas ini, Johor DT akan bertandang ke gelanggang lawan untuk berdepan dengan kelab India, Bengaluru FC pada 8 Mac depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JDT Laung Amaran Awal Dalam Piala AFC Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top