My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    Penyiasat Mengesahkan MH17 Ditembak Oleh Brigade 53




    Sebuah pasukan penyiasat Britain menamakan beberapa anggota tentera Rusia dipercayai terlibat dalam perbuatan menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia, MH17. Pasukan penyiasat Bellingcat menyiarkan laporan setebal 115 muka surat yang mengenal pasti anggota Briged 53 Anti-Pesawat daripada Batalion Kedua sebagai pelaku serangan itu. 

    Kapal terbang jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai 2014 dengan menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapalnya terbunuh, dengan majoritinya warga Belanda.

    Sebelum ini, Barat dan Ukraine menyalahkan pemberontak pro-Rusia berhubung serangan itu, manakala Moscow berulang kali menafikan pembabitannya dan menyalahkan tentera Ukraine sebagai bertanggungjawab.

    Satu laporan Belanda pada tahun lalu mendakwa MH17 ditembak menggunakan sistem peluru berpandu BUK buatan Rusia semasa terbang dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Dalam laporannya, Bellingcat menamatkan berpuluh-puluh askar Rusia dan pegawai daripada Briged 53 yang berpangkalan di Kursk yang didakwa mengetahui tentang serangan itu atau melakukannya sendiri.

    Menurut laporan sama, anggota-anggota Batalion Kedua itu telah dihantar ke timur Ukraine dari Rusia. Walaupun nama-nama yang didedahkan hanya melibatkan nama pertama atau singkatan, ketua mereka dinamakan sebagai Sergey Muchkayev, manakala komander Batalion Kedua dikenali sebagai Dmitry T.

    “Selaras dengan rumusan siasatan bahawa peluru berpandu buatan Rusia, BUK digunakan untuk menembak jatuh MH17, tanggungjawab itu jatuh pada Kementerian Pertahanan Rusia bersama komander dan pemimpin pemberontak Ukraine,” kata laporan tersebut.

    Pasukan penyiasat itu yang diasaskan oleh wartawan Britain, Eliot Higgins telah menyerahkan nama-nama dan bukti berkaitan kepada pasukan penyiasat Belanda. Laporan bertajuk MH17 – Potential Suspects and Witnesses from the 53rd Anti-Aircraft Missile Brigade disiarkan pada Selasa lepas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penyiasat Mengesahkan MH17 Ditembak Oleh Brigade 53 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top