My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    Pocong Dan Pontianak Menghuni Mimaland



    Mimaland yang ditutup sekitar tahun 1994 terkenal dengan jolokan antara 10 tempat paling menakutkan di negara ini. Sejak dari penutupannya, tiada siap lagi berani menghampiri taman tema ini sehinggalah ada sekumpulan pemuda cukup bersemangat dan berani mencari kebenaran tentang cakap-cakap cerita seram mengenai taman tema itu selama ini. 

    Permainan Spirit of Coins bertukar menjadi bencana kepada kelima-lima sahabat itu. Entiti yang berjaya dirakam ketika mereka membuat penggambaran di taman tema itu. Sekumpulan lima orang pemuda yang cuba mencabar keyakinan diri mereka nekad mahu mencuba nasib untuk mengenal pasti kewujudan makhluk halus di taman tema berkenaan.

    Biarpun dihalang oleh pengawal keselamatan daripada memasuki kawasan tersebut mereka tetap berdegil dan berjaya memasuki taman tema itu. Sebaik berada dalam kawasan yang penuh dengan misteri itu, mereka terus memulakan tiga permainan dipilih iaitu ‘Spirit of the Coin’, ‘pochong’ dan ‘pemujaan pontianak’.

    Bagaimanapun, permainan itu tidak lancar kerana ada gangguan. Pelbagai kejadian pelik turut berlaku hingga membuatkan keadaan menjadi kelam kabut dan menjadi mimpi ngeri buat mereka. Lembaga yang dipercayai pontianak muncul dalam sebuah hotel yang ditinggalkan di taman tema itu.

    Malah visual gangguan dan pelbagai entiti yang berjaya dirakam seperti kelibat pocong dan puntianak. Nasihat penulis pada mereka yang tercari-cari “adventure” bersama hantu jembalang dan sebagainya, Allah s.w.t telah aturkan masa untuk dunia kita dan masa untuk penghuni alam ghaib.

    Kita tidak perlu mengganggu alam mereka jika kita tidak mahu mereka mengganggu kita. Hiduplah dengan aman.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pocong Dan Pontianak Menghuni Mimaland Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top