Facebook (FB) berminat membangunkan ekosistem yang lebih meluas menerusi teknologi realiti maya (VR) yang bakal menjadi trend tahun ini dan menjangka impak perniagaannya lebih besar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg berkata, pihaknya melabur jumlah besar untuk pembangunan VR dan turut mengadakan kerjasama rapat dengan gergasi pengeluar peralatan elektronik terkemuka dari Korea Selatan, Samsung.

FB mengumumkan mengadakan kerjasama dengan Samsung bagi pembangunan teknologi berkenaan, baru-baru ini. Beliau berkata, kandungan VR terutama berkaitan FB boleh dipindah turun dengan mudah melalui Oculus Store dan setakat ini, pelbagai permainan dan aplikasi yang sesuai dengan fungsi Gear VR.
“Selain permainan, pengguna dapat menikmati resolusi tinggi bagi filem, program televisyen atau perkhidmatan video dan gambar,” kata Zuckerberg.
0 comments:
Post a Comment