My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 February 2016

    China Tetap Rakan Dagangan Utama Negara


    Kerajaan yakin hubungan dagangan antara Malaysia dan China tidak akan terjejas biarpun selepas menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun China tidak menyertai TPPA namun negara itu tetap menjadi rakan dagang utama Malaysia. 

    Beliau berkata, selain Malaysia, China juga adalah rakan dagang utama bagi lebih 120 buah negara. “Walaupun ekonomi dilihat mengalami penguncupan, namun negara itu masih kekal sebagai sebuah pasaran yang besar serta masih mempunyai pelbagai permintaan dan keperluan,” katanya pada sesi taklimat TPPA bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini, semalam.

    Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Keruak dan Timbalannya Datuk Jailani Johari. Dalam pada itu, Mustapa berkata, pihaknya juga ingin menegaskan TPPA bukan ‘lampu ajaib’ yang boleh membantu meningkatkan nilai mata wang ringgit pada masa depan.

    Menurutnya, kenaikan dan penurunan matawang negara buat masa ini dipengaruhi pelbagai faktor termasuk kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa dan kelembapan ekonomi China. “Saya menyifatkan penurunan mata wang ini berkait dengan persepsi. Saya ingin jelaskan industri minyak tempatan hanya 8.5 peratus sahaja dari eksport negara berbanding 80 peratus barangan pembuatan,” katanya.

    Katanya, perdagangan dua hala Malaysia dan China pula hanya 16 peratus dan bukannya 20 atau 30 peratus namun, kemasukan modal ke dalam pasaran ekuiti negara itu pada suku keempat tahun lalu meningkatkan sedikit nilai ringgit.

    Berkaitan terma perjanjian TPPA pula, Mustapa berkata, isu tanah, Bumiputera dan kebudayaan adalah antara contoh yang terkandung dalam syarat serta terma perjanjian perdagangan itu. “Apa yang penting kini adalah perlembagaan, agama serta dasar penting berkaitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agama Islam serta kuasa Persekutuan dan Negeri diberi perhatian.

    “Kami tidak mahu TPPA bercanggah dengan perlembagaan, malah kami berjaya memastikan TPPA tidak menyentuh perlembagaan negara ketika rundingan berkenaan,” katanya.

    Selain itu, Mustapa berkata, pihaknya turut mengesahkan bahawa pemimpin tiga negara masing-masing Thailand, Filipina dan Indonesia sudah menyatakan minat untuk menyertai TPPA.

    Menurutnya, minat itu diulangi pemimpin tiga negara berkenaan ketika mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN baru-baru ini, malah mereka juga memulakan usaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TPPA.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: China Tetap Rakan Dagangan Utama Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top