My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 February 2016

    Ekonomi Negara Berada Dalam Keadaan Baik


    Bank Negara Malaysia (BNM) melihat taraf stabil yang diberikan oleh agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings kepada Malaysia semalam menunjukkan kestabilan dan daya tahan negara berdepan dengan cabaran ekonomi semasa. 

    Semalam, agensi itu mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada ‘A-’ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.

    Agensi penarafan itu turut mengesahkan penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia pada ‘A’ dan had siling negara pada ‘A’ manakala IDR mata wang asing jangka pendek pada ‘F2.’

    Penarafan itu, kata Fitch, antara lainnya didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh.

    Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, persediaan awal Malaysia dengan mempunyai polisi dan langkah-langkah awal yang betul sebelum berdepan dengan cabaran ekonomi yang sukar dijangka adalah faktor mengekalkan daya tahan pertumbuhan ekonomi negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ekonomi Negara Berada Dalam Keadaan Baik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top