My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 February 2016

    Empat Tahun Hasilkan Seperti Magic


    Siapa sangka penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Sayang, Shae pernah mengalami kemurungan akibat terlalu memikirkan kritikan negatif orang sekeliling. Shae atau Sheryl Gething, 22, mendedahkan masalah itu berlaku dua tahun lalu dan dia terpaksa menjalani rawatan hipnoterapi bagi membuang pemikiran negatif. 

    “Selama enam bulan saya kemurungan. Semuanya kerana saya terlalu mengambil hati terhadap pandangan negatif orang sekeliling yang mengutuk saya tidak boleh menyanyi.

    “Malah, setiap gerak geri saya turut dijadikan bahan bualan pihak tertentu,” katanya.

    Penyanyi itu mengakui gangguan terbabit menyebabkan dia hilang keyakinan diri, namun belum mencapai ke tahap kritikal sehingga mahu membunuh diri. “Saya lari dari rumah dan susah fokus dalam karier nyanyian. Apabila membuat persembahan, saya mula fikir apa pandangan penonton terhadap penampilan dan nyanyian.

    “Selepas mendapat rawatan, alhamdulillah saya sudah pulih dan mampu membuang pemikiran negatif,” katanya.

    Tambah Shae lagi, masalah kemurungan itu antara sebab dia mengambil masa hampir empat tahun menyiapkan album Seperti Magic yang bakal dilancarkan secara digital pada 18 Mac ini.

    “Kelewatan album kedua ini berpunca daripada sikap sendiri. Sebelum menjadi penyanyi, saya hanya memikirkan mahu menjadi terkenal. Namun, selepas bergelar penyanyi, barulah saya sedar masih banyak yang perlu dipelajari” katanya.

    Menurut Shae, selesai rawatan terapi, dia mengambil kelas vokal bagi mempertingkatkan bakat nyanyian, sekali gus megembalikan keyakinan diri. “Kini, saya mampu menyelesaikan masalah dihadapi dan mahu kembali aktif menyanyi,” katanya.

    Menafikan ada kecelaruan identiti 

    Ditanya mengenai soal teman lelaki pula, Shae memberitahu, dia masih belum berpunya dan menunggu lelaki yang boleh menerimanya seadanya. “Saya mempunyai karakter dan perwatakan berbeza dan merasakan sukar bagi lelaki menerima wanita bersikap seperti ini,” katanya.

    Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan sikap ‘pelik’ itu bukan disebabkan masalah kecelaruan identiti. “Tidak, saya sudah mencari punca penyakit itu di Internet dan ternyata tiada tanda kecelaruan identiti. Saya percaya pasti boleh mencari lelaki sesuai seperti rakan baik saya boleh menerima seadanya,” katanya.

    Bercerita mengenai album Seperti Magic, Shae berkata, 10 lagu dimuatkan dalam album itu dengan lapan daripadanya ciptaan komposer Posan Tobing, “Empat lagu iaitu Seperti Magic, Dream, Aku Suka Kamu dan Gojigo sudah boleh didengari di iTunes,” katanya.

    Istimewanya, Dream lagu Sayang dalam versi Inggeris dan dihasilkan penyanyi rap daripada kumpulan Black Eyed Peas, Apl.De.Ap. Sementara itu, pada 23 Mac, Shae akan mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di Malaysia menerusi laman Facebook pada jam 6 petang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Tahun Hasilkan Seperti Magic Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top