Tidak perlu diperkenalkan lagi, siapa Khairy Jamaluddin
didalam UMNO. Beliau yang menjadi Ketua Pemuda UMNO sejak 2009 ini menampakkan
betapa dominannya beliau menguasai Pemuda sejak memegang tampuk tertinggi salah
satu sayap utama UMNO.
Jadi tidak hairanlah, beliau kini menujukkan beliau
seolah-olah untouchable dalam
bertindak. Beliau boleh menganjurkan banyak acara yang beliau dan pasukannya
rasa mampu menaikkan imej Kementerian Belia dan Sukan yang beliau jaga, namun
bagi pendaftar ahli baru UMNO, mereka langsung tidak menyumbang apa-apa.
Malah, beliau kini dilihat sudah cukup “besar kepala”
sehingga majlis yang mempunyai erti bagi bos beliau sendiri, beliau memilih
untuk tidak hadir tanpa ada sebarang alasan dan ulasan. Hebat bukan tahap
kepimpinan Pemuda UMNO sekarang?

Tidak perlu memandang jauh tentang apa yang dilakukan oleh
Khairy dan pasukannya.
Cukup sekadar melihat bagaimana rakan seangkatan mereka
dari kalangan parti pembangkang bekerja. DAPSY, AMK dan Pemuda Amanah, kesemuanya kini fiat membuka
kaunter penambahan ahli mereka hampir kesemua tempat tumpuan orang ramai.
Persoalannya, dimana Pemuda UMNO? Dimana usaha Pemuda dan
Puteri UMNO dalam menambah bilangan ahli baru untuk UMNO? Apa yang mereka mampu
lakukan kini adalah bergambar, berselfie dan bersosial yang jika dilihat, tiada
walau satupun menyumbang kepada penambahan ahli baru dari kalangan belia negara
terhadap UMNO.
Adakah ini barisan pemimpin pelapis yang kita mahukan untuk
meneruskan legasi kepimpinan hebat yang pernah muncul didalam UMNO? Bagi ramai
ahli UMNO yang sentiasa menyayangi partinya, sepanjang perkhidmatan Khairy
selaku Ketua Pemuda dan Datuk Mas Ermieyati didalam Puteri, tidak lebih dari
sekadar penghias, bukan jeneral jentera yang begitu gagah dimedan perjuangan.
0 comments:
Post a Comment