My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 21 February 2016

    Madu Kelulut, Khasiat Yang Tidak Di Hebahkan



    Pemakanan madu bagi kaum Melayu sebenarnya sudah bertapak sejak berkurun-kurun lamanya. Pelbagai teori dan mitos diperkatakan tentang khasiat pemakanan madu ini samada dari segi kencantikan, kesihatan mahupun perubatan.

    Dewasa ini, banyak diperkatakan tentang khasiat madu lebah kelulut. Walaupun ada yang memasarkannya dengan cara komersial, namun masih ramai yang tertanya-tanya, apakah itu madu kelulut dan apa bezanya antara madu kelulut dan madu biasa.

    Sebelum mengupas dengan lebih mendalam berkenaan khasiat madu pada manusia, elok kita kenali perbezaan antara lebah ini dahulu. Bagi Lebah kelulut, ianya tidak bersengat dan tidak mempunyai bisa. Malah menurut kajian, sepsis ini langsung tidak merbahaya kepada manusia. Serangga bersaiz antara 3 hingga 8 sentimeter ini hidup berkelompok dimana fizikalnya hampir sama dengan lebah biasa.

    Berbanding lebah biasa, ianya mempunyai sengat dan bisa malah sengatan dan bisa lebah ini mampu membunuh manusia. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 20,000 spesis lebah jika dibandingkan dengan lebah kelulut, ianya mempunyai kira-kira 150 spesis di seluruh dunia dengan Malaysia sahaja mempunyai lebih 29 spesis.

    Menurut kajian, khasiat madu sebenarnya terlalu banyak untuk di tulis didalam artikel seperti ini.  Namun cukuplah dikatakan, madu mampu membuatkan kanak-kanak tidur lena sekiranya ia dicampur kedalam minuman kanak-kanak berkenaan. Bagi orang dewasa, jika diamalkan meminum sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi, ianya dapat memberi kesegaran yang berpanjangan.

    Jika anda menghidap sakit mata, titiskan setitik madu ditempat yang sakit. Begitu juga jika anda mengalami luka akibat melecur api, air panas, ekzos motosikal, minyak panas atau sengatan serangga berbisa, sapukan sedikit madu di tempat yang luka berkenaan.

    Bagi pesakit diabetes pula, pengambilan sesudu madu dan sesudu cuka asli (cuka nipah) bersama-sama air suam dikatakan dapat mengawal kadar diabetes pesakit.  Bagi yang mengalami luka akibat kemalangan kecil, sapukan madu di tempat luka berkenaan untuk menghentikan darah dan melindungi luka daripada kuman.

    Didunia ini, terdapat pelbagai jenis madu yang kini ada dipasaran dan terpulang kepada pembeli untuk membeli madu yang difikirkan sesuai untuk diri mereka. Berikut merupakan beberapa jenis madu yang terkenal di Malaysia mahupun diluar negara.

    Madu Tualang

    Madu ini diperolehi daripada pokok Tualang di tengah-tengah hutan. Madu ini dihasilkan oleh lebah yang mengambil nekktar daripada pelbagai bunga di hutan.
     
    Madu Sidr

    Madu dari Yaman ini dikatakan adalah madu paling mahal dalam pasaran dunia. Ia dikatakan hanya boleh diperolehi dari kawasan pergunungan Hadramaut dan Semenanjung Arab. Ianya turut dikatakan antara madu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad S.A.W. Madu ini sebenarnya terhasil daripada nectar pokok Sidr yang diambil oleh lebah.





    Madu Ratu (Royal Jelly)

    Ini antara madu yang paling sukar didapati di dunia kerana ianya amat jarang dipasarkan di pasaran dunia berikutan sifatnya sendiri. Madu ini dikatakan paling sensitif pada suhu dan tidak mampu bertahan lama.

    Madu yang turut dikenali sebagai susu lebah atau mmadu putih ini diakui oelh ramai pihak sebagai madu yang paling sukar ditemui dan kebiasaannya ditemui dalam kuantiti yang sedikit.

    Madu Propolis

    Madu ini dikatakan berasal dari pengambilan nectar pokok dimana kebiasaannya madu ini berwarna hijau atau perang. Sama seperti Madu Ratu, ianya amat sukar ditemui dan jika ditemui, ianya dalam kuantiti yang cukup sedikit. Namun begitu, madu ini mampu bertahan dalam sebarang bentuk suhu dan mampu bertahan lama.





    Madu Manuka


    Madu ini kebiasaannya diambil dari sarang lebah di pokok Manuka (Leptospermum Scorparium). Dalam pasaran madu dunia, madu ini disenaraikan sebagai madu yang paling berkualiti kerana ianya terhasil daripada gabungan pelbagai jenis nekta
    r dan campuran pelbagai bunga yang benar-benar sihat sahaja.

    Ini adalah sebahagian kecil madu yang terdapat dalam pasaran dunia. Kebiasaannya, setiap madu dikategorikan bergantung kepada rasa madu itu sendiri dan jenis bunga serta nectar yang diambil bagi menghasilkan madu berkenaan.


    Kandungan madu pula terdiri daripada air, gula, vitamin B1, B2, B5, B6 dan C, Mineral, serbuk dan enzim diastase. Inilah yang menjadikan madu sebagai makanan tambahan terbaik bagi manusia yang dibekalkan tuhan bagi menjaga kesihatam, kecantikan dan perubatan bagi manusia sejak zaman berzaman.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Madu Kelulut, Khasiat Yang Tidak Di Hebahkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top