Polis Sibu semalam menembak mati dua pembunuh upahan rakyat Malaysia yang terlibat dalam enam kes bunuh dan satu cubaan bunuh di Sarawak dan Sabah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar berkata, lima kes bunuh dan satu kes cubaan bunuh itu berlaku di negeri ini iaitu di Sibu, Kuching dan Bintulu.
Satu lagi kes bunuh berlaku di Penampang, Sabah. Menurut beliau, penjenayah terbabit ialah Joshua Beti Chong, 44, dari Sri Aman dan pernah ditangkap empat kali di bawah Akta Senjata 1960. Joshua juga terlibat dalam dua kes bunuh dan pernah dihukum penjara bagi kesalahan di bawah Akta Senjata 1960 pada 2012.
Seorang lagi pembunuh upahan itu ialah Awie Ningan, 36, berasal dari Saratok. Awie tiada rekod jenayah. Dev memberitahu, kes terbaru melibatkan Joshua dan Awie ialah menembak mati Ting Meng Min, 30, di Sibu pada pukul 11.25 malam 9 Januari lalu.
“Kita menemui kesan tembakan yang diplaster pada badan Nissan Navara yang digunakan kedua-dua penjenayah itu dipercayai kesan tembakan yang dilepaskan oleh pengawal peribadi Meng Min semasa kejadian tersebut,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment