Pihak berkuasa Mumbai telah mengharamkan tindakan merakam gambar selfie di beberapa kawasan susulan peningkatan kes kematian di bandar ini. Sebanyak 16 zon larangan selfie telah diumumkan dalam usaha menghalang orang ramai daripada membahayakan diri semata-mata untuk merakam sekeping gambar.

India mencatatkan jumlah tertinggi individu yang terbunuh ketika merakam gambar sendiri dengan 19 daripada 49 kematian berkaitan selfie sejak 2014. Jumlah kematian yang tinggi di India dikaitkan dengan saiz populasinya yang kini seramai 1.25 bilion orang di samping menjadi antara pasaran telefon pintar paling pantas berkembang di dunia.
Seorang pelajar kolej berusia 18 tahun terbunuh awal bulan ini selepas hilang imbangan badan ketika merakam gambar selfie di atas sebuah batu berhampiran sebuah empangan di bandar Nashik. Pelajar tersebut jatuh ke dalam air dan mati lemas, manakala seorang lagi rakan yang cuba menyelamatkannya turut lemas.
0 comments:
Post a Comment