Permusuhan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini amat mustahil untuk didamaikan. Tun M seperti sudah berpatah arang berkerat rotan dengan pentadbiran negara hari ini sehingga tergamak memikirkan, bagaimana untuk menghasut rakyat negara ini, bersama dengannya bagi menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib.
Kelmarin, beliau sekali lagi mengulangi nada yang sama, mengajak rakyat negara ini, tanpa mengira fahaman politik, termasuk dengan semua parti-parti politik yang ada dalam negara ini untuk bersama-sama dengan beliau, menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib.

Memang cukup membingungkan, bagaimana seorang Negarawan yang sentiasa mendidik rakyatnya untuk taat kepada pemimpin dan menjauhi demonstrasi jalanan, bertukar menjadi seorang pendendam yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan niat dan kemahuan beliau tercapai.
Beliau tidak lagi memperdulikan setiap tutur katanya satu ketika dahulu yang ingin melihat negara ini makmur dibawah satu kepimpinan walaupun beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Kini apa yang beliau lihat, kemahuannya dicapai demi memastikan nafsu politiknya tercapai.
Beliau bukan lagi muda dan bertenaga untuk memimpin negara sekali lagi. Dengan usianya kini sudah mencecah 91 tahun, beliau wajar mencontohi sikap dan tauladan yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam terus menyokong kepimpinan negara.
Tidak salah jika mempunyai pandangan yang berlainan, tetapi pandangan berkenaan haruslah disalurkan mengikut saluran yang betul. Beliau bukan tidak mempunyai akses untuk berhubung terus dengan Datuk Seri Mohd Najib bagi menyuarakan pandangan beliau terhadap satu-satu perkara.

Mengajak rakyat menjadi pengkhianat bukan jalan penyelesaian terhadap apa yang beliau inginkan. Jika beliau masih berterusan mempertikaikan banyak perkara, usahkan orang akan mengenangnya sebagai Negarawan, sebaliknya orang akan mengenang beliau sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang mengajak rakyat untuk menjadi petualang negara.
0 comments:
Post a Comment