Kunci kejayaan dan keseronokan dalam sesuatu percutian ialah perancangan jadual perjalanan yang tepat. Jadual perjalanan lengkap dengan destinasi akan dikunjungi, berapa lama, tempat yang akan dikunjungi, bagaimana dan kos diperlukan untuk berkunjung ke lokasi menarik.
Percutian juga akan lebih teratur dengan jadual perjalanan selain memudahkan pergerakan terutama jika bercuti dalam kumpulan besar. Tip kai ini menyenaraikan cara menyusun jadual perjalanan bagi memudahkan percutian anda.
Berfikiran realistik
Ketika bercuti, pastikan anda tidak teruja mengunjungi terlalu banyak lokasi. Cuba senaraikan tempat yang akan dikunjungi mengikuti jaraknya dari tempat penginapan. Ini berguna untuk menentukan berapa lama bercuti di satu tempat atau masa diambil untuk ke sana.
Buku panduan perjalanan
Peta dan pendapat pelancong lain yang pernah melakukan perjalanan yang bakal anda tempuh dapat menjadi sumber maklumat jika ingin menyusun jadual perjalanan. Pertimbangkan juga waktu cuti tempatan di destinasi percutian kerana ia boleh mempengaruhi jadual penerbangan, waktu pergerakan anda di destinasi dan hal lainnya. Apabila semua perkara ini diambil kira, anda boleh berfikir secara realistik berdasarkan gambaran waktu transit, kemungkinan mengunjungi lokasi menarik dan jarak lokasi akan dikunjungi.
Tentukan dengan tepat setiap langkah
Dalam setiap perjalanan ke tempat dikunjungi, tentukan jangka masa akan ditempuhi dengan tepat dan terperinci. Contohnya, jangka masa diambil untuk ke lapangan terbang. Cuba lihat kemungkinan perkara yang boleh berlaku seperti makan sebelum penerbangan tiba. Jangkaan itu dapat diketahui dengan mengetahui masa anda bertolak dari rumah, jadual bas, kesesakan lalu lintas atau memilih ke lapangan terbang menggunakan kereta sewa.
Penerbangan transit
Penerbangan lanjutan atau transit dalam jadual percutian boleh menjadi titik permulaan. Tukar pesawat akan menyebabkan kemungkinan menunggu pesawat atau penundaan jadual penerbangan.
Penerbangan lanjutan juga akan berpotensi mengganggu waktu rehat anda di lapangan terbang. Jika boleh menghindari penerbangan transit, pastikan anda tidak memilih jadual terlalu cepat. Ambillah jadual penerbangan dengan jarak waktu beberapa jam untuk berganti pesawat, sekali gus membebaskan anda daripada masalah penundaan penerbangan.
Guna laman web dan aplikasi
Pada era teknologi maklumat, pelbagai aplikasi boleh membantu anda membuat jadual perjalanan dan berkongsi pengalaman bercuti. Sebagai contoh, Tripcase.com membolehkan pengguna membuat jadual perjalanan secara dalam talian dan mengirimkan secara automatik ke diri sendiri, rakan dan keluarga.
Aplikasi ini juga membantu menyusun perjalanan anda termasuk menghantar jadual penerbangan, kenderaan, daftar hotel dan sebagainya. Secara tidak langsung, masa yang diambil untuk membuat jadual perjalanan lebih mudah dan efektif. Pelbagai aplikasi dan laman web lain juga boleh dilihat. Apa yang penting, rajin!
Tetapkan rancangan terbaik
Kita mampu merancang tapi Tuhan penentu segalanya. Semua yang dirancang boleh lari daripada perancangan asal. Oleh itu, masukkan hari bebas ke dalam jadual perjalanan untuk memastikan perkara menarik yang akan ditemui sepanjang perjalanan yang tidak diketahui sebelumnya.
Jadual perjalanan terbaik selalunya bersifat fleksibel. Jadi, pastikan anda lebih terbuka dan menerima segala yang berlaku andai jadual perjalanan yang sudah disiapkan terpaksa ditukar saat berada di destinasi.
0 comments:
Post a Comment