My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    Basil Nafi Telefon Pegawai Sultan Sulu


    Seorang tertuduh warga Filipina menafikan pernah berkomunikasi dengan pegawai tertinggi Sultan Sulu menerusi panggilan telefon bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013. 

    Tertuduh, Basil Samiul, 35, mendakwa walaupun nama Basil disebut dalam perbualan itu sebelum dipintas polis, dia memberitahu itu bukan dirinya kerana nombor telefon digunakan berbeza dengan miliknya.

    Dia berkata demikian ketika menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, ketika perbicaraan membela diri di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Menurut tertuduh, hanya satu nombor telefon dimilikinya yang dibeli sebaik tiba di negeri itu pada 2010 dan ia berbeza dengan nombor telefon dipintas polis yang mengandungi perbualan ketika insiden pencerobohan.

    Rakaman perbualan itu dipintas polis yang dijadikan bahan bukti pendakwaan itu diambil daripada nombor telefon 019-756 9906 yang didaftarkan atas nama orang lain dan Basil menafikan ia miliknya selain suara dirakam adalah orang lain.

    “Saya hanya menggunakan nombor telefon 012-641 8816 yang dibeli di kedai di pekan Semporna pada 2010 dan kad sim ini sudah diserahkan kepada polis ketika ditahan pada 13 Mac 2013. “Saya tidak pernah bercakap menggunakan nombor itu (019-7569906). Dalam dokumen ini (perbualan telefon) ada disebut nama saya, tetapi itu bukan saya,” katanya.

    Sepanjang perbicaraan bela diri itu, tertuduh turut menafikan mengenali Datu Agbimudin Kiram dan Datu Piah ketika pencerobohan di Kampung Tanduo, selain mendakwa tidak pernah bersua muka atau mempunyai kaitan dengan kedua-dua mereka.

    “Saya juga tidak pernah berkomunikasi dengan kedua-dua individu ini berkaitan bekalan makanan dan kejadian berlaku terhadap kumpulan penceroboh Tanduo di Lahad Datu. “Saya ditahan ketika mencari kenderaan untuk mengambil ahli keluarga di Kampung Lihak-Lihak, Semporna,” katanya.

    Terdahulu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Basil Nafi Telefon Pegawai Sultan Sulu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top