My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 February 2016

    LTdL : Giliran Murphy Menunjukkan Kuasa



    MISI Andrea Guardini untuk mempertahankan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 semakin tergugat apabila pendatang baharu, John Murphy mengungguli saingan peringkat ketiga sejauh 107.2 kilometer (km) semalam. 

    Murphy yang merupakan pelumba pasukan UnitedHealthCare Profesional Cycling Team menamatkan perlumbaan terpendek yang bermula dari Kulim, Kedah ke Kuala Kangsar, Perak itu dengan catatan masa 2 jam 30 minit dan 31 saat.

    Francesco Chicchi dari pasukan Androni Giocattoli-Sidermec dan Jakub Mareczko (Southeast-Venezuela) pula masing-masing menduduki tempat ke¬dua dan ketiga dengan catatan masa yang sama.  Pelumba terbaik negara pada saingan semalam menjadi milik Harrif Saleh (Terengganu Cycling Team) selepas menamatkan saingan di tempat ke-15 dengan catatan masa 2 jam 30:31 saat.

    Berikut merupakan keputusan penuh perlumbaan semalam dan kedudukan jersi terkini.

    Keputusan perlumbaan dari Kulim ke Kuala Kangsar (107.2 KM)

    1. John Murphy (USA) - UnitedHealthCare Pro Cycling - 2 : 30' 31 saat
    2. Francesco Chicci (Itali) - Androni Giocattoli-Sidermec - 2 : 30'31 saat
    3. Jacub Mareczko (Itali) - Southeast-Venezuela - 2 : 30'31 saat

    Jersi Kuning (Juara Keseluruhan)

    1. Andrea Guardini (Itali) - Astana Pro Team - 10 : 42' 14 saat
    2. Andrea Palini (Itali) - Skydrive Dubai Pro Cycling Team - 10 : 42' 16
    3. John Murphy(USA) - UnitedHealthCare Pro Cycling - 10 : 42' 20

    Jersi Teal (Raja Pecut)

    1. Andrea Guardini (Itali) - Astana Pro Team - 33 mata
    2. John Murphy (USA) - UnitedHealthCare pro Cycling - 28 mata
    3. Wang Meiyin (China) - Hengxiang Cycling Team - 28 mata

    Jersi Polka Dot (Raja Bukit)

    1. Wang Meiyin (China) - Hengxiang Cycling Team - 24 mata
    2. Loh Sea Keong (Malaysia) - Malaysia National Team - 14 mata
    3. James Oram (New Zealand) - One Pro Cycling - 5 mata

    Jersi Putih (Terbaik Asia)

    1. Wang Meiyin (China) - Hengxiang Cycling Team - 10 : 42' 24 saat
    2. Felipe Marcelo (Filipina) - Team 7Eleven-Sava RBP - 10 : 42' 30 saat
    3. Seo Joo Yong (Korea Selatan) - KSPO Cycling Team - 10 : 42' 30 saat

    Perlumbaan peringkat keempat hari ini akan bermula dari Ipoh dan berakhir di Tanah Rata, Cameron Highlands sejauh 129.4km yang dikategorikan sebagai status Hors, melibatkan tiga zon pecutan di Batu Gajah, Gopeng dan Kampar, termasuk dua zon pendakian di Ringlet serta garisan penamat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: LTdL : Giliran Murphy Menunjukkan Kuasa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top