My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 February 2016

    Nauraj Hampiri Pentas Olimpik




    PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim optimis atlet lompat tinggi lelaki negara, Nauraj Singh Randhawa bakal layak secara merit ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. 

    Keyakinan itu hadir selepas Nauraj kini hanya ketinggalan 0.04 meter daripada had kelayakan ditetapkan iaitu 2.29m untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik yang akan bermula Ogos depan. Ia ekoran kejayaan atlet berusia 24 tahun itu memperbaharui catatan peribadi terbaik, 2.25m memadam rekod lama 2.22m pada Kejohanan Canberra Track Classic di Canberra, Australia kelmarin.

    “Nauraj menunjukkan pencapaian terbaik pada kejohanan pertamanya tahun ini. Dia berjaya melakukan 2.25m tetapi belum berjaya mengatasi ketinggian 2.29m untuk layak ke Olimpik.

    “KOM mengucapkan terima kasih kepada jurulatih baharunya di Australia (Alex Stewart) dan juga MSN (Majlis Sukan Negara) tetapi dia masih perlu bekerja keras lagi.

    “Berkemungkinan besar Nauraj boleh layak secara merit ke Rio,” katanya semalam.

    Nauraj melangkaui ketinggian 2.27m untuk mencuba had kelayakan Olimpik, 2.29m sejurus memenangi aksi tersebut dengan mengatasi catatan 2.25m pada lompatan pertama di Stadium AIS itu.

    Bagaimanapun, hasrat pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 dan 2015 itu tertangguh seketika selepas dia gagal dalam tiga percubaan pada ketinggian 2.29m tersebut. Tempat kedua dimenangi Joel Baden yang melakukan lompatan setinggi 2.22m, manakala jaguh lompat tinggi Australia yang sudah pun layak ke Olimpik, Brandon Starc berpuas hati di tempat ketiga (2.16m).

    Dalam pada itu, Nauraj berharap dia mampu melepasi catatan tersebut dalam empat kejohanan di Australia yang akan disertainya selepas ini sebelum pulang ke tanah air pada April nanti.

    “Saya gembira kerana berjaya melakukan catatan 2.25m kerana saya tidak pernah melepasi ketinggian itu sebelum ini. Jadi, secara tak langsung ia menaikkan semangat saya untuk kejohanan seterusnya,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nauraj Hampiri Pentas Olimpik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top