My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 February 2016

    Skuad Terjun Tambah Slot Ke Olimpik Rio



    SKUAD terjun negara tidak pernah menghampakan. Misi mereka untuk memburu lebih banyak tempat ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil terus menjadi kenyataan. 

    Terbaharu, gandingan Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah Sabri mengesahkan tempat mereka ke temasya sukan terbesar di muka bumi itu menerusi acara 3 meter papan anjal seirama wanita. Mereka melakukannya pada Kejohanan Terjun Piala Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2016 yang berlangsung di Pusat Akuatik Maria Lenk, Rio semalam.

    Pasangan terjun seirama negara itu menduduki tempat kelima daripada 12 peserta yang beraksi pada pusingan akhir acara tersebut dengan mengumpul 301.50 mata. Sebelum ini, Dhabitah sudah pun mengesahkan tempatnya mereka ke Rio menerusi acara 10m platform individu wanita selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur September tahun lepas.

    Jun Hoong pula mengesahkan tempatnya menerusi acara 10m platform seirama wanita selepas gandingannya bersama Pandelela Rinong meraih pingat perak pada hari pembukaan kejohanan ini dua hari lalu.

    Dengan kejayaan terbaharu itu, skuad terjun kini bakal beraksi dalam tujuh acara pada temasya di Rio nanti masing-masing menerusi Ooi Tze Liang (3m papan anjal dan 10m platform lelaki), Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal wanita) serta Pandelela dalam acara 10m platform individu wanita.

    Pada temasya yang sama di London empat tahun lalu, Pandelela menjadi atlet wanita pertama meraih pingat gangsa buat kontinjen negara menerusi acara 10m platform individu wanita.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skuad Terjun Tambah Slot Ke Olimpik Rio Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top