My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 February 2016

    PKR, DAP Sibuk Berperang, PAN Kian Terhimpit Masalah Kewangan

    Mohamad Sabu

    Parti Amanah Negara (PAN), sebuah parti yang ditubuhkan sebagai sebuah parti buah tangan ciptaan DAP kepada bangsa Melayu. Parti yang wujud hasil serpihan orang-orang kecewa didalam PAS ini dikatakan sebagai sebuah parti penghancur kepada kesepakatan PAS dan pemecah bundi bagi orang-orang Melayu di negara ini.

    Parti yang diketuai oleh bekas Naib Presiden PAS, Mat Sabu ini wujud dikatakan memperolehi sumber kewangan daripada DAP dimana ramai yang mendakwa, DAP sentiasa memayungi kewujudan PAN sehinggalah mampu untuk berdikari dengan sendirinya.

    Malah, ada khabar angin yang mendakwa, PAN telah dibekalkan modal sebanyak RM 5 juta oleh DAP sebagai modal asas parti ini untuk bergerak. DAP menyasarkan PAN dapat mengumpul kira-kira 100,000 ahli baru menjelang hujung tahun lalu. Namun hakikat yang cuba dinafikan oleh Mat Sabu adalah, tidak sampai 10,000 ahli baru berdaftar dengan parti berkenaan sejak ianya ditubuhkan.

    Terbaru, disaat PKR dan DAP berseteru akibat tindakan Lim Guan Eng memecat dua orang ahli PKR dari jawatan pengarah di dua buah syarikat GLC di Pulau Pinang heboh diperkatakan, Mat Sabu pula secara tiba-tiba mendedahkan parti itu mempunyai masalah kewangan yang meruncing sehingga tidak mampu membayar gaji pekerja.

    Ujar beliau, PAN memerlukan sekurang-kurangnya RM 50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan. Menurutnya, PAN kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk Setiausaha Agung, dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segala-galanya.

    Mengejutkan, bagaimana sebuah parti yang bermodalkan RM 5 juta boleh hangus begitu sahaja dalam masa 4 bulan sejak ianya ditubuhkan sekitar bulan Septtermber tahun lalu. Adakah pengumuman Mat Sabu ini sekadar mahu meraih simpati kepada para penyokong mereka untuk menyalurkan sumbangan terhadap parti seperti yang beliau asaskan semasa didalam PAS dahulu?

    Kredibiliti Mat Sabu juga sebenarnya boleh dipersoalkan dalam menguruskan dana. Beliau sendiri kini berhadapan dengan muflis akibat kegagalan beliau untuk melunaskan saman berjumlah RM 240,000 (termasuk kos guaman), sehingga Hishamuddin Rais terpaksa bertindak menubuhkan satu tabung bagi membantu Mat Sabu keluar dari kemelut beliau.

    Tidak susah difahami kenapa DAP kali ini bertindak lepas tangan. Sudahlah PAN gagal untuk mendapatkan 100,000 ahli baru, malah PAN juga gagal melemahkan PAS secara total seperti yang disyaratkan oleh DAP semasa mereka bersedia mewujudkan PAN satu ketika dahulu.

    Tidak mustahil, walaupun PAN berada didalam Pakatan Harapan hari ini, namun baik DAP mahupun PKR, mereka pastinya akan bersikap lepas tangan dalam urusan parti ini. Pastinya mereka enggan menjadi "biawak hidup" dengan menyara PAN tambahan pula kini kebanyakan parti politik sedang sibuk untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka bakal diadakan April ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PKR, DAP Sibuk Berperang, PAN Kian Terhimpit Masalah Kewangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top